3 Dec 2014

Ikhtilat - Persoalan Pelbagai Jawapan

Ikhtilat.. Ikhtilat... Ikhtilat....

Isu ini selalu menjadi polemik hangat dalam kalangan masyarakat kita hari ini.. Antara yang faham, tidak faham dan hanya sekadar copy paste sahaja

Ikhtilat...... Apakah maksudnya?  Maksud paling mudah  ikhtilat ini ialah "Pergaulan Bebas Antara Lelaki Ajnabi dan Perempuan Ajnabi"




 Menurut seorang penulis blog yang dikenali sebagai Aiman Al Banna....
Ikhtilat?
Ikhtilat ni satu konsep dalam Islam.Dan makhluk Ikhtilat ni perlulah dijaga molek.
Ikhtilat ni apa-apa sahaja interaction between lelaki dan perempuan.Contohnya seperti…1. borak2 .chatting3. mesej4. video cam5. dan lain-lain interaction.
Tak faham lagi gapo dio tu?
Mehh aku ajar. :3
Begini,
Ulama’ membahaskan hukum ikhtilat HARUS.HARUS dengan adanya antara 2 syarat#1 Hajat#2 Darurat
Okay kena faham macam mana tu Hajat dalam Ikhtilat.Antara Contoh Hajat ialah- Mengajar dan belajar daripada seseorang, Menyampai dan menerima Ilmu.. Macam Antara kita dan guru-guru kita di sekolah.- Urusan kerja. Antara rakan sepejabat dan rakan sekerja- Urusan mustahak. Seperti dalam group ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh ikhtilat.- dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal :3
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah.Seperti ada manusia yang lemas kat laut.Takkan nak tengok sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat. No no no.Dalam keadaan Darurat, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya.

Namun begitu, jangan kerana ikhtilat ini kita berasa kekok untuk bergaul dengan semua orang. Jangan kerana ikhtilat kita abaikan tanggungjawab kita sebagai pekerja,, Jangan disebabkan ikhtilat kita menampakkan diri kita ini seolah-olah sombong dengan orang. Islam tak ajar kita seperti itu... Apa yang Islam ajar itu mudah dan simple....

In Shaa Allah ada posting kedua mengenai ini :)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Where Are U From?