31 Dec 2014

2015 Penawar Duka 2014


Selamat Menyambut Tahun Baru 2015. Semoga tahun 2015 ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada kita semua. Semoga tahun 2015 ini akan lebih bermakna. InsyaAllah

5 Dec 2014

Secangkir Kopi



Kopi...

Minuman ini  memang begitu popular dalam masyarakat di negara kita, orang kata aroma kopi ini dapat menghilangkan pelbagai stress yang melanda diri kita. Orang kata walaupun kopi ini  warnanya hitam pekat  namun  minuman ini telah mendatangkan manfaat dan  kebaikan pada kesihatan tubuh badan kita. 



Antara manfaatnya:-

  1. Dapat menghilangkan rasa mengantuk
  2. Dapat menghilangkan stress dan tekanan 
  3. Mencegah kanser, kanser mulut, diabetes
  4. Mencegah stroke  dan penyakit jantung
  5. Memulihkan stamina dan energi



 Bagi meningkatkan dan menarik perhatian penggemar kopi mahupun bukan, minuman ini telah diubah suai menjadi pelbagai jenis. Antaranya:-


Espresso
Latte
Cappuccino
Mocha

Ternyata dengan ubahsuaian dan kreativiti ini, ianya telah meningkatkan penggemar peminum kopi dan mengekalkan penggemar kopi.......

3 Dec 2014

Ikhtilat - Persoalan Pelbagai Jawapan

Ikhtilat.. Ikhtilat... Ikhtilat....

Isu ini selalu menjadi polemik hangat dalam kalangan masyarakat kita hari ini.. Antara yang faham, tidak faham dan hanya sekadar copy paste sahaja

Ikhtilat...... Apakah maksudnya?  Maksud paling mudah  ikhtilat ini ialah "Pergaulan Bebas Antara Lelaki Ajnabi dan Perempuan Ajnabi"




 Menurut seorang penulis blog yang dikenali sebagai Aiman Al Banna....
Ikhtilat?
Ikhtilat ni satu konsep dalam Islam.Dan makhluk Ikhtilat ni perlulah dijaga molek.
Ikhtilat ni apa-apa sahaja interaction between lelaki dan perempuan.Contohnya seperti…1. borak2 .chatting3. mesej4. video cam5. dan lain-lain interaction.
Tak faham lagi gapo dio tu?
Mehh aku ajar. :3
Begini,
Ulama’ membahaskan hukum ikhtilat HARUS.HARUS dengan adanya antara 2 syarat#1 Hajat#2 Darurat
Okay kena faham macam mana tu Hajat dalam Ikhtilat.Antara Contoh Hajat ialah- Mengajar dan belajar daripada seseorang, Menyampai dan menerima Ilmu.. Macam Antara kita dan guru-guru kita di sekolah.- Urusan kerja. Antara rakan sepejabat dan rakan sekerja- Urusan mustahak. Seperti dalam group ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh ikhtilat.- dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal :3
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah.Seperti ada manusia yang lemas kat laut.Takkan nak tengok sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat. No no no.Dalam keadaan Darurat, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya.

Namun begitu, jangan kerana ikhtilat ini kita berasa kekok untuk bergaul dengan semua orang. Jangan kerana ikhtilat kita abaikan tanggungjawab kita sebagai pekerja,, Jangan disebabkan ikhtilat kita menampakkan diri kita ini seolah-olah sombong dengan orang. Islam tak ajar kita seperti itu... Apa yang Islam ajar itu mudah dan simple....

In Shaa Allah ada posting kedua mengenai ini :)

Wallahua'lam

FreeDom SemenTara

Alhamdulillah, akhirnya  pengajianku pada Semester 1 telah  pun melabuhkan tirainya pada 19hb November yang lalu. Sementara menanti sem 2,  bolehlah aku ber'Freedom' buat sementara waktu. Bolehlah juga meng'Update' blog yang kian berhabuk ini.... Hahaha

Freedom sementara 

Nak story sikit pasal apa yang dilalui sepanjang semester 1....

Alhamdulillah, sepanjang sem. 1, apa yang berlaku penuh dengan kenangan  yang   terindah. Tiada lagi kenangan yang memilukan yang berlaku pada masa itu. Kenangan  terindahnya apabila bertemu dengan rakan -rakan yang bermacam-macam ragam, bermacam-macam perangai... Apa yang paling seronoknya bila bercuti bersama kawan-kawan di  SUNGAI TEKALA.. Indahnya sungai itu boleh menenangkan jiwa yang  kusut, meleraikan pelbagai stress yang ada dalam  kepala dan bermacam-macam lagi. 

Sungai Tekala 

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya segala beban yang dilalui sepanjang sem. 1 telah ditinggalkan di Sugai tersebut... Maklumlah lepas ni nak fokuskan pada sem. 2 pula yang bakal bermula tahun hadapan.. In Shaa Allah akan dapat ku hadapinya...........

Where Are U From?