21 Aug 2014

Jagalah Perpaduan Antara Kaum....



Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban Kadazan, Melanau, Dayak dan sebagainya...Majoriti kaum yang paling ramai di Malaysia adalah Melayu Cina dan India... Namun sejak akhir-akhir ini, isu racist sering dimainkan oleh  pihak tertentu untuk memecah belahkan perpaduan yang sudah lama dipupuk...


Kenapa isu ini berlaku????

Jawapannya adalah kurangnya rasa hormat sesama kaum... 

Bila tiada rasa hormat  mulalah kita menunding jari pada orang lain... Sebagai contoh Melayu salahkan India, India salahkan Cina, Cina salahkan Melayu ... Sepatutnya kita kenalah saling menghormati agar kita dapat elakkan isu ini daripada berlanjutan ... 

Kita juga tidak mahu sejarah berulang semula seperti mana peristiwa 13 Mei 1969 bukan?? Jadi kita kenalah mula untuk menghormati antara satu sama lain.. Kalau tidak polemik mengenai ini tidak akan selesai selamanya.. 



Oleh itu, sejajar dengan slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri  kita.. Perpaduan antara kaum ini perlulah dikekalkan dan ditambah eratkan lagi agar keharmonian negara yang kita kecapi selama ini akan kekal untuk generasi akan datang...

InsyaAllah kita mampu utuk kekalkannya....



No comments:

Post a Comment

Where Are U From?