22 Aug 2014

MALAYSIA BERKABUNG....

Seperti yang kita ketahui hari ini tanggal 22 Ogos 2014 merupakan HARI BERKABUNG NEGARA atas  TRAGEDI MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.. Peristiwa yang menyayat hati telah mengorbankan 239 penumpang termasuk anak kapal.. 20 orang rakyat Malaysia dikenal pasti nahas tersebut..

Jom kita tinjau serba sedikit gambar yang ada :-


Selamat Pulang....
Senarai 20 penumpang mangsa #MH17
Bendera Malaysia dikibar separuh tiang...
Akhbar Malaysiaa dalam Hitam Putih
Dato' Seri Najib ke Masjid Putrajaya menunaikan Solat Jumaat dan Solat Jenazah
Solat Jenazah...
Pilu....

Al-Fatihah..
Kakitangan Air Asia turut bertafakur...

In Memory #MH17

Sumber gambar:- Facebook \

Al-FATIHAH untuk jenazah MH17 yang beragama ISLAM



21 Aug 2014

Jagalah Perpaduan Antara Kaum....



Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban Kadazan, Melanau, Dayak dan sebagainya...Majoriti kaum yang paling ramai di Malaysia adalah Melayu Cina dan India... Namun sejak akhir-akhir ini, isu racist sering dimainkan oleh  pihak tertentu untuk memecah belahkan perpaduan yang sudah lama dipupuk...


Kenapa isu ini berlaku????

Jawapannya adalah kurangnya rasa hormat sesama kaum... 

Bila tiada rasa hormat  mulalah kita menunding jari pada orang lain... Sebagai contoh Melayu salahkan India, India salahkan Cina, Cina salahkan Melayu ... Sepatutnya kita kenalah saling menghormati agar kita dapat elakkan isu ini daripada berlanjutan ... 

Kita juga tidak mahu sejarah berulang semula seperti mana peristiwa 13 Mei 1969 bukan?? Jadi kita kenalah mula untuk menghormati antara satu sama lain.. Kalau tidak polemik mengenai ini tidak akan selesai selamanya.. 



Oleh itu, sejajar dengan slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri  kita.. Perpaduan antara kaum ini perlulah dikekalkan dan ditambah eratkan lagi agar keharmonian negara yang kita kecapi selama ini akan kekal untuk generasi akan datang...

InsyaAllah kita mampu utuk kekalkannya....



19 Aug 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tup... Tap... Tup... Tap... Tup... Tap... Tup... Tap...


Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Sudah 57 tahun kita Merdeka 
dan 
Sudah 57 tahun juga jasa Tunku Abdul Rahman 
Mendapatkan kemerdekaan dari British 

Syukur Alhamdulilah 




Malaysia... Disini Lahirnya Sebuah Cinta.... Itulah tema kemerdekaan bagi tahun ini ....

Dipetik dari lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad  

Cukup bermakna tema kali ini dengan anak-anak muda sekarang yang semakin hilang nilai dan semangat Patriotisme dalam diri mereka.. Sanggup menggadaikan maruah untuk mendapat sesuatu yang belum pasti.. Tak pernah mengenal erti kehidupan masyarakat dahulu... Tak pernah menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan... 

Cuba tanya beberapa ramai yang ingat nama-nama pahlawan kemerdekan? Cuba tanya berapakah nama-nama pejuang Islam?? 

Belum tentu ada yang ingat bukan?? Termasuk aku

Persoalannya? 

Bagaimanakah kita mahu memupuk semula rasa cinta akan negara ini dalam diri anak muda sekarang??

Bagaimanakah kita  mahu melahirkan rasa cinta ini semula kepada anak-anak muda sekarang agar mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi???

Jawapannya.. Terletak pada diri kita sendiri... Kita yang menentukannya....

Where Are U From?