23 Apr 2014

Sajak Buat Sahabat Karibku

Hai, 




Hari ini nak update sikit pasai Sajak yang direka khas oleh saya buat sahabat karibku.. Siapa sahabat karibku? Biarlah ia menjadi rahsia buat diriku dan sahabat karibku itu.. 

Jom kita layan sekejap:- 

SAJAK-SAHABATKU

Sahabatku….
Dikala hidupku diselebungi kegelapan,
Kau bagaikan lilin,
Yang menyinari hidupku,
Walaupun tidak aku pinta akan semua itu,
Kau tetap lakukan juga.

Sahabatku….
Pengorbananmu begitu luas ,
Membantu aku di kala aku susah,
Menegur aku andainya aku melakukan kesilapan,
Memberi semangat dan inspirasi di masa aku memerlukan,
Sungguh aku menghargai segala pengorbanan mu,
Walaupun aku tahu,
Aku tidak mampu untuk membayar balik semua itu.

Sahabatku…
Sudah tertulis di Luh Mahfuz,
Kita akan berpisah,
Membawa haluan  masing-masing,
Membina mahligai sendiri,
Aku pasti akan merindui segala celoteh dan gurauanmu
Aku hanya mampu berdoa,
Bahawa suatu saat  nanti,
Kita pasti akan bertemu jua.




Apa macam best tak? Sebenarnya saya ni bukanlah seorang yang pandai bersajak. Kalau baca mesti ada beberapa perkataan yang tak sedap dan tak sesuai dengan sajak ini...

3 comments:

Where Are U From?