23 Apr 2014

Sajak Buat Sahabat Karibku

Hai, 




Hari ini nak update sikit pasai Sajak yang direka khas oleh saya buat sahabat karibku.. Siapa sahabat karibku? Biarlah ia menjadi rahsia buat diriku dan sahabat karibku itu.. 

Jom kita layan sekejap:- 

SAJAK-SAHABATKU

Sahabatku….
Dikala hidupku diselebungi kegelapan,
Kau bagaikan lilin,
Yang menyinari hidupku,
Walaupun tidak aku pinta akan semua itu,
Kau tetap lakukan juga.

Sahabatku….
Pengorbananmu begitu luas ,
Membantu aku di kala aku susah,
Menegur aku andainya aku melakukan kesilapan,
Memberi semangat dan inspirasi di masa aku memerlukan,
Sungguh aku menghargai segala pengorbanan mu,
Walaupun aku tahu,
Aku tidak mampu untuk membayar balik semua itu.

Sahabatku…
Sudah tertulis di Luh Mahfuz,
Kita akan berpisah,
Membawa haluan  masing-masing,
Membina mahligai sendiri,
Aku pasti akan merindui segala celoteh dan gurauanmu
Aku hanya mampu berdoa,
Bahawa suatu saat  nanti,
Kita pasti akan bertemu jua.




Apa macam best tak? Sebenarnya saya ni bukanlah seorang yang pandai bersajak. Kalau baca mesti ada beberapa perkataan yang tak sedap dan tak sesuai dengan sajak ini...

Siapakah Mahram Kita

Assalamualaikum w.b.t

Tidak dapat dinafikan lagi, semakin hari semakin ramai yang berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Kalau dulu ada yang tak menutup aurat, hari ini dia menutup aurat. Kalau dulu ada yang pakai jeans ketat, hari ini dia cuba pakai jeans yang longgar sedikit.. Itu satu peningkatan yang bagus... TAHNIAH diucapkan....


Persoalannya,

Ramai yang menutup aurat dan menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi tetapi masih ramai yang tak menjaga aurat dengan saudara mara kita. Kenapa saya cakap saudara kita? Kerana saudara kita bukanlah mahram kita walaupun kita ada pertalian keluarga dengan mereka.....

Kalau nak tahu lebh lanjut dengan siapa kita boleh bergaul dan bercampur, jom kita perati gambar dibawah ini :-

Mahram Bagi Lelaki





Mahram Bagi Perempuan

15 Apr 2014

Rindu Terubat ~

Assalamualaikum pembaca yang dihormati Allah S.W.T

Rasa macam dah lama tak update blog.. Jeles pulak rasanya bila tengok rakan-rakan yang lain update blog mereka... Rindu teramat sangat nak tulis kat blog ini...

Oh ya! Sebelum lupa pada 20 Mac yang lalu, result SPM sudah pun keluar.. Alhamdulillah result SPM ni agak membanggakan.. Saya dapat 6A 3B.. Bersyukur sangat dengan result ini... Walaupun tak mencapai straight A tapi sekurang-kurangnya adalah A jugak  dalam result tu :3


Resepi kejayaan? 

  1. Belajarlah bersungguh-sungguh
  2. Berdoalah kepada Allah kerana doa itu merupakan salah satu senjata mukmin
  3. Tawakkal kepada-Nya dan redha denga ketentuan Allah 

Selepas dapat result ini, saya pun isi UPU... Alhamdulillah ini keputusan yang muktamad yang telah saya lakukan :)

Alhamdulilllah semoga keputusan ini akan diredai Allah S.W.T .. InshaAllah (y) 

Bila semalam check, alhamdulillah dapat surat temuduga dari pihak UiTM



Rasa nervous pun ada bila terima surat temuduga ini.... Biasalah sebelum ni, mana pernah di interview macam ni... Apa-apa pun doakan kejayaan saya semasa temuduga nanti 

Ok lah sampai disini dulu coretan ku..

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.....


Where Are U From?