11 Dec 2013

Insan Istimewa Dalam Kenangan...


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian salah seorang anak muda yang bernama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azzam di Turki. Sebenarnya, saya pun tidak mengetahui kisah sebenar tentang Ahmad Ammar ini. Saya hanya mendapatkan sumber-sumber yang ada dalam internet dan sebagainya sebagai rujukan.

Menurut apa yang saya boleh dapat daripada beliau:-
  1. Beliau sedang menuntut ilmu di Turki
  2. Beliau juga banyak berjasa pada masyarakat dan dalam ilmu agama
  3. Beliau juga aktif berdakwah
  4. Beliau juga banyak mengikuti aktiviti kemanusiaan seperti Syria dan sebagainya
Berdasarkan maklumat diatas barulah saya tahu kenapa orang ramai sibuk cakap pasal Ahmad Ammar ini. Bagi saya, beliau seorang yang bagus dan juga terbaik untuk dijadikan idola selain daripada Rasulullah yang turut menjadi idola kita juga.

Saya kongsikan serba sedikit tempat makam beliau di Turki.....


Pusara Beliau

Keluarga Beliau

 Makam beliau bersebelahan dengan padang bola 

Nota: Utk makluman, ada sedikit kesilapan maklumat pada butiran papan sementara di pusara, ejaan nama ayahandanya dan juga tarikh kematian (O.T.) yang sebetulnya adalah pada 2 Nov 2013. Ianya sudah dalam makluman saudara Hayrat yg mengurus dan seterusnya akan meletakkan batu nesan pusara selepas 3 bulan, memberi masa yang cukup agar tanah pusara dapat mendap dan lebih padat terlebih dahulu.

Sumber gambar: FB Nur Azlina

Disini juga, saya ingin mengucapkn takziah pada keluarga beliau. Apa yang pasti, syurgalah tempat Ahmad Ammar ini. Semoga usaha beliau yang beliau lakukan selama ini mendapat keredaan Allah S.W.T.. Insya Allah




Sedikit catatan beliau:-

10 Dec 2013

Hargai Masa



Masa Itu Emas

Pepatah diatas merupakan salah satu ungkapan yang pernah diungkapkan oleh orang-orang tua suatu ketika dahulu. Masa akan terus berlalu pergi begitu sahaja. Masa tidak akan terus menunggu kita tetapi kitalah sepatutnya mengejar masa. Kerana jika kita tidak menunggu masa, kita jugalah yang akan rugi.

 Allah S.W.T juga pernah bersumpah dalam Surah Al-Asr, ayat 1-3:


Kalau berdasarkan ayat diatas, benarlah manusia memang berada dalam kerugian. Lihat sahajalah apa yang dilakukan oleh mereka pada zaman kini. Mereka sanggup menggadaikan masa dengan begitu sahaja dengan melakukan aktiviti yang tanpa sebarang tujuan dan tidak bermanfaat seperti BerFacebook, berTwitter, melepak, merempit dan sebagainya. 

Sebagai manusia kita seharusnya perlu mengetahui cara untuk menghargai masa dengan cara yang betul dan terbaik. Bagi saya, tidak salah untuk kita berFacebook, berTwitter atau sebagainya. Asalkan perkara tersebut perlulah mempunyai tujuan asalnya. Sebagai contoh, sebab apa kita berFB? Kalau tujuan kita adalah untuk menyampaikan amar makruf nahi mungkar, tak apa. Tetapi jika tujuan kita adalah untuk mencari aweks, lebih baik ditinggalakan.

Ingatlah kata-kata hikmah ini:-


Semoga kata-kata hikmah ini mampu untuk kita lebih menghargai masa............

6 Dec 2013

Kaum Adam:- Jagalah Auratmu


Selalu di dalam media sosial atau media cetak seringkali membincangkan tentang aurat wanita tetapi jarang berbincang mengenai aurat lelaki walhal lelaki juga mempunyai aurat iaitu daripada pusat hingga lutut.

Tetapi zaman teknologi yang serba canggih ini. ada sesetengah kaum Adam yang langsung tidak peduli tentang aurat mereka terutama sekali aurat mereka semasa solat. Kadang-kala semasa kita solat berjemaah tidak kiralah sama ada kita solat di rumah, surau dan masjid, kita tentunya akan terperasan ada segelintir jemaah yang memakai baju adik(baju kecik) sehinggakan boleh nampak warna seluar dalam yang dipakai oleh jemaah tersebut



Bila difikirkan balik, aurat kaum Adam ialah dari pusat hingga lutut padahal punggung kita berada di tengah-tengah pusat dan lutut. Betulkan? Tidakkah jemaah tersebut tidak terfikir bahawa solat mereka dikira sebagai tidak sah? Inilah yang sebenarnya terjadi pada segelintir kaum Adam. Mereka tidak sedar tentang azab Allah kerana mendedahkan aurat. Nauzubillah

Kaum Adam seharusnya peka tentang arat mereka semasa solat mahupun semasa melakukan aktiviti lain. Janganlah kita sibuk untuk mencontohi orang barat yang berpakaian telanjang. Ikutilah peraturan yang ditetapkan oleh syariat. Insya Allah, jika kita menutup aurat, kita akan dijauhi daripada azab api neraka. Insya Allah

Wallahualam


Pengumuman

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Bolehlah hulurkan sumbangan anda di bawah ini.


Semoga dengan bantuan anda, dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa banjir tersebut.

#SumbanganAndaAmatDihargai

Coretan Banjir 2013

Hari ini, saya ingin kongsikan serba sedikit gambar banjir yang berlaku di negara kita bagi tahun 2013....














Sumber gambar (FB: KBBUTV3 dan KJ)
Difahamkan keadaan banjir di Kuantan, Pahang lebih teruk berbanding di kawasan banjir yang lain. 

 Kepada mangsa banjir, amalkanlah doa ini:-

5 Dec 2013

Awas! MSG Pembunuh



Belakangan ini, kita selalu tengok iklan tentang MSG yang semakin hari semakin banyak di dalam media massa dan media cetak seperti Ajinomoto, Secukup Rasa(Maggi), Pasti Sedap(Knorr) dan sebagainya. Semua iklan jenis ini telah menambat hati masyarakat supaya mencuba produk mereka untuk ditambahkan ke dalam makanan agar makanan tersebut lebih sedap dan lazat. Kini, penggunaan MSG digunakan secara meluas oleh suri rumah, restoran, katering dan rumah anak yatim.

Salah satu MSG selain Ajinomoto

Berbalik pada tajuk diatas MSG merupakan singkatan bagi Monosodium Glutamate. Ia juga boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif kepada manusia. Ini kerana MSG juga dihasilkan daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada manusia.

Antara kesan negatif MSG:-
  • Menyebabkan kanser seperti kanser otak
  • Menyebabkan keguguran rambut 
  • Membantutkan pertumbuhan kanak-kanak
Tak salah kalau kita ingin tambahkan MSG dalam masakan tetapi kita mestilah berpada-pada. Kalau dulu kita masukkan MSG dengan terlalu banyak, selepas ini cubalah untuk kurangkannya. Biarlah orang menghina kita kerana masakan yang tidak sedap. Apa yang pasti kita dah mencuba yang terbaik.

Wallahualam...

4 Dec 2013

Penawar Sindrom Gedik

Pernah tengok drama Love You Mr. Arrogant(LYMA) dalam slot Akasia TV3 yang kini menjadi drama paling hangat di tv. Bahkan bagi juga drama ini mendapat ranking jumlah penonton yang paling tinggi iaitu 4.6 juta. Pasti semua akan benci dengan Sherry kan?

Salah satu babak dalam LYMA

Apa kaitan Sherry dengan tajuk diatas yang hendak dikupas ialah perangai Sherry yang gedik terlebih-lebih atau lebih senang maksudnya ialah hyper gedik.

Lupakan Sherry.......

Sebenarnya penyakit gedik yang ada pada Sherry inilah yang sedang dihidapi oleh masyarakat hari ini bukan sahaja dalam kalangan remaja bahkan warga emas juga turut terlibat dengan penyakit gedik ini. Mereka yang berpengarai sebegini seolah-olah Syok Sendiri! kerana mereka tidak segan dengan perangai mereka ini sendiri. Apa yang lebih teruk lagi apabila mereka tanpa  segan silu post gambar mereka tidak kiralah bersendirian mahupun bersama aweks mereka.

Setiap penyakit pasti ada penawarnya begitu juga dengan masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Bagaimanakah nak hilangkan penyakit ini? InsyaAllah dengan penawar ini mampu untuk dihilangkan sedikt demi sedikit....

Antara penawarnya:-
  • Kembalilah pada Allah S.W.T
  • Kuatkanlah ikatan kasih sayang dalam keluarga
  • Belajar ilmu agama dan semaikan dalam diri
  • Jangan simpan masalah yang dihadapi sendiri
  • Kongsi masalah yang dihadapi bersama 
  • Kurangkan perangai gedik sedikit demi sedikit
  • Baca dan amalkan ajaran al-Quran
  • Cari ilmu untuk menambahkan ilmu yang sedia ada
Ini sahaja penawarnya... Semoga penawar ini bermanfaat untuk semua. Kalau sesiapa ada penawar lagi bolehlah kita kongsi bersama......

Banjir Ketetapan Alam



Setiap kali tiba bulan Disember, negara kita pasti akan dilanda banjir. Negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor pasti akan terima tempiasnya. Banjir yang berlaku ini disebabkan oleh peralihan angin monsun. Itulah ketetapan alam kepada negara kita. 

Rakyat yang berada di negeri-negeri yang dilanda banjir seolah-olah sudah bersiap siaga untuk menghadapi kemelut banjir ini. Ini disebabkan oleh banjir yang melanda tempat mereka setiap tahun. 

Oleh hal demikian, disini ada sedikit tips yang ingin dikongsi bersama sebagai peringatan kita semasa banjir. Walaupun ramai yang sudah tahu, tak salah kalau kita kongsi balik untuk dijadikan sebagai peringatan kepada kita. Ini kerana, manusia juga seorang yang pelupa.

Antara tipsnya:-
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
(sumber: JPS Terengganu)

Kepada mangsa banjir disini saya ingin mengucapkan takziah dan bersabarlah atas segala dugaan Allah S.W.T kerana disebalik dugaan ini tersimpannya 1001 hikmah-Nya. Mungkin ujian ini bertujuan  untuk menguji keimanan kita terhadap-Nya sama ada kita taat atau terus melanggar perintah-Nya. Bermuhasabahlah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini

Where Are U From?