19 Mar 2012

Anak itu Anugerah



Assalamualaikum, dah lama  jugak update blog... Hari ini saya nak sentuh berkenaan kisah penculikan kanak-kanak yang semakin hangat diperkatan di media massa.... Kenapa ini berlaku dan siapa salahnya?

Banyak kes yang kita sudah dengar tentang kes ini. Misalnya, tentang Sharlinie yang hilang pada tahun 2008 masih belum ditemui sehingga hari ini malah langsung tiada perkembangan tentangnya lagi. entah hidup ataupun mati, kita semua tak tahu....


Okay lupakan seketika pasal kes Sharlinie, apa yang nak ditekankan adalah berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa yang makin hari makin sibuk dengan kerja yang banyak demi gaji yang melimpah ruah seperti yang berlaku baru baru ini iaitu budak berusia 5 tahun ke kedai keseorangan yang diculik kemudiannya dibakar. Ini bukan kerana apa, kerana kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak itu keseorangan ke kedai..... Kalau kata budak usiannya 17 tahun takpelah jugak sekurang -kurangnya orang taklah kisah sangat, ini bukan budak 17~18  tahun tapi 5 tahun.... Apelah nak jadi.... Saya bukan nak melarang anda untuk kejar impian yang seindah pelangi tue cuma rasa terkilan dengan ibu bapa yang ambil mudah terhadap anak-anak mereka.... Suatu hari nanti kalau anak tue tak layan, lawan kata, tinggal di rumah orang tua barulah waktu tu kecoh satu dunia kata anak derhakalah, anak kejamlah ataupun anak 6 jahanam.... Tapi cuba lihat sendiri kita, adakah kita seorang ibu atau bapa yang baik untuk anak-anak..... Sama- sama kita fikirkan......

Jom Dengar Kisah Ustaz Don Daniyal










Ingat Anak itu Angerah

No comments:

Post a Comment

Where Are U From?