31 Mar 2012

Bunuh Diri dengan Rokok

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini adalah hari yang terakhir untuk bulan Mac bukan?.... Sempena hari yang terakhir ini saya mahu ceritakan tentang rokok....



Nak cerita pasal definisi rokok.... Rasanya tak payahlah kot... sebabnya semua orang dah tau.... Kalau sesiapa yang belum tahu carilah di wikipedia.... Apa yang nak diberitahu hari ini adalah pasal rokok durjana....


Setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap jam, setiap minit, setiap saat bahkan setiap detik ada je orang yang merokok.....Tak percaya tengoklah masyarakat kat sekeliling kita ada je yang merokok.... bukan orang dewasa sahaja bahkan budak sekolah pun merokok jugak..... Saya nak tanya kepada pembaca blog ini apa bestnya rokok ini?..... Yang saya tahu rokok itu hanyalah sebagai pembunuh kita.....

Ramai yang dah tahu tetapi kenapa masih ada yang merokok...... Dalam Islam, agamanya melarang umatnya yang merokok tetapi tengoklah ada jugak yang merokok..... Dalam solat bukan main khusyuk. Tapi  hakikatnya, lepas solat rokoklah tempat ia bergantung... Nak kata faedah bila kita merokok rasanya adalah kot... Faedahnya boleh mati cepat... Sebabnya.... tanyalah sendiri pada penghisap rokok yang tegar.....


Tak guna kalau kita bagi nasihat kan.... Sebabnya orang dah tak ambik kisah... Saje je nak bunuh diri sendiri



20 Mar 2012

Bandar atau Kampung

Assalamualaikum w.b.t..... Hari ini nak cerita pasal nasi lemak kampung dengan nasi lemak bandar...

Seperti biasa, kalau nasi lemak yang dijual di bandar  memang mahal macam harga air kotak. Dianggarkan RM 1.20 ~ RM 2.00.... Kalau nasi lemak yang dijual di kampung  harganya mencecah  sebanyak 60 sen ~ 70 sen......
Setuju tak apa yang saya katakan? Kalau tak setuju silalah comment di ruangan comment... Sama-sama kita berbincang......

Okaylah, mesti ramai yang dah pening apa yang saya merepek nih kan.... Straight forward saya katakan.... Sebenarnya, saya nak katakan harga nasi lemak  di bandar sebenarnya lebih mahal berbanding dengan kampung punya...... Lebih-lebih lagi kalau kita tengok orang yang jual nasi lemak di bandar, mungkin mereka nak jual banyak sebab itu lah mahal tapi kalau kampung punya orang jual sikit je... Tapi kalau kat bandar  orang hanya jual lauk sambal bilis je kalau nak tambah apa apapun kenalah bayar lebih kan tak la macam kat kampung pelbagai variasi ada seperti ayam yang comel-comel je, ikan masin, bilis telur, bilis, telur dan sotong......

Pada pendapat saya, walaupun saya orang bandar tetapi saya lebih meminati nasi lemak kampung berbanding  bandar... sebab apa? It's secret..... hehehe


19 Mar 2012

Anak itu Anugerah



Assalamualaikum, dah lama  jugak update blog... Hari ini saya nak sentuh berkenaan kisah penculikan kanak-kanak yang semakin hangat diperkatan di media massa.... Kenapa ini berlaku dan siapa salahnya?

Banyak kes yang kita sudah dengar tentang kes ini. Misalnya, tentang Sharlinie yang hilang pada tahun 2008 masih belum ditemui sehingga hari ini malah langsung tiada perkembangan tentangnya lagi. entah hidup ataupun mati, kita semua tak tahu....


Okay lupakan seketika pasal kes Sharlinie, apa yang nak ditekankan adalah berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa yang makin hari makin sibuk dengan kerja yang banyak demi gaji yang melimpah ruah seperti yang berlaku baru baru ini iaitu budak berusia 5 tahun ke kedai keseorangan yang diculik kemudiannya dibakar. Ini bukan kerana apa, kerana kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak itu keseorangan ke kedai..... Kalau kata budak usiannya 17 tahun takpelah jugak sekurang -kurangnya orang taklah kisah sangat, ini bukan budak 17~18  tahun tapi 5 tahun.... Apelah nak jadi.... Saya bukan nak melarang anda untuk kejar impian yang seindah pelangi tue cuma rasa terkilan dengan ibu bapa yang ambil mudah terhadap anak-anak mereka.... Suatu hari nanti kalau anak tue tak layan, lawan kata, tinggal di rumah orang tua barulah waktu tu kecoh satu dunia kata anak derhakalah, anak kejamlah ataupun anak 6 jahanam.... Tapi cuba lihat sendiri kita, adakah kita seorang ibu atau bapa yang baik untuk anak-anak..... Sama- sama kita fikirkan......

Jom Dengar Kisah Ustaz Don Daniyal










Ingat Anak itu Angerah

Where Are U From?