2 Feb 2012

Peribahasa Melayu Yang Tak Jelas........

Hari ini saya nak kongsi satu maklumat tentang Peribahasa Melayu yang tak beberapa jelas iaitu:-

  • Peribahasa kurang jelas
Harapkan Pagar, Pagar makan padi - Pernah tak anda terfikir bagaimanakah pagar boleh makan padi padahal pagar itu bukan bukan merupakan benda hidup........ 
  • Peribahasa yang sebenar
Harapkan Pegar, Pegar makan padi- Inilah merupakan peribahasa yang tepat bagi menggantikan peribahasa diatas. Untuk makluman semua pegar merupakan sejenis burung. Oleh yang demikian, benarlah peribahasa ini merupakan peribahasa yang tepat sekali

  • Peribahasa kurang jelas
Bagai melepaskan batuk ditangga- Peribahasa ini kurang jelas kerana perkataan batuk...... Batuk merupakan sejenis mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernafasan..... So that is not suitable for Peribahasa Melayu,

  • Peribahasa yang sebenar
Bagai melepaskan Batok ditangga- Batok merupakan alat yang digunakan untuk membasuh kaki yang diperbuat daripada tempurung..... Secara amnya, selepas kita membasuh kaki, kita biasanya tak meletakkan nya di tempat asalnya semula. Dari situlah kita membuat kerja sambil lewa........


Perkara ini berlaku kerana tulisan jawi yang ditukar kepada rumi. Mungkin perkara ini tidak diambbil kisah selepas penukaran tulisan jawi kepada rumi........

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي


ملڤسکن باتوق د تڠݢ



Tolong sebarkan........

No comments:

Post a Comment

Where Are U From?