14 Nov 2012

Salam Maal Hijrah 1434


Disini admin ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434... Mulakan azam dan iktikad yang baru sempena tahun baru yang mulia ini. Lupakan segala kisah duka dan lara yang tahun ini punya. Hiburkan hati kita dengan kalimah suci Allah S.W.T... InshaAllah kita akan jadi yang terbaik buat tahun 1434 Hijrah nanti.......

11 Nov 2012

TAHNIAH DIUCAPKAN....

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei dengan pasangannya Wong Mew Choo yang melangsungkan perkahwinannya pada 9 November 2012. Semoga dengan perkahwinan ini akan menaikkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk terus berjuang demi negara Malaysia yang tercinta ini......







31 Oct 2012

Kontroversi Sebuah Tarian

Assalamualaikum w.b.t


Tentu ramai yang dah tahu tentang tarian gangnam style yang semakin menjadi kegilaan orang ramai. Gangnam ini merupaka salah satu tarian yang berasal daripada korea(kalau tak silap). Walaupun tarian ini merupakan kegilaan ramai terutamanya orang melayu yang bergelar Islam di Malaysia ini tetapi persoalannya adakah agama Islam membenarkannya??? Persoalan yang rumit untuk menjawabnya kan


Okaylah biar saya yang jawab.... Jawapan saya senang je Tak Boleh. 

Apa sebabnya...  Nak tahu lagi 

Ia merupakan salah satu cara untuk yahudi menjatuhkan  Islam. Memang masyarakat 'Melayu' kita sekarang ini mudah kena terpedaya dengan fitnah yahudi nasib, bukan fitnah dajjal. Kalau tak  tahulah apa yang jadi kan. Nauzubillah...... 

Sebenarnya kita pun ada jugak tarian kita sendiri. Tapi kenapa kita tak ikut. Kenapa kita ikut tarian yang lucah tu. Islam dah cakap Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.   Mahu ke kita jadi macam mereka main ikut je.... Kita pun ada kita punya sendiri. Islam mengajar kita dengan sopan santunnya, lemah lembutnya, bijak pandainya. Tapi kenapa kita masih nak ikut si yahudi tu. Bila si yahudi tu hina nabi kita, kita marah, mengamuk macam nak teranjang si Yahudi tu yang kononnya kita sayang sangat Rasulullah S.A.W.. Tapi apa yang yahudi semua buat tu kita ikut je.... Tariannya Gangnam tulah terutamanya.... Zaman sekarang ini memang pelik, yang Islam dah susun cantik dan kemas pulak tu, mengapa kita tak ikut. Yang nak ikut sangat tue yang yahudi buat tulah..... Mulut je cakap sayang kat Rasulullah tapi hakikatnya...... lue fikirlah sendiri  

Maaf kalau saya terkasar bahasa..... Ini jelah cara saya tegur orang.... Orang cakap saya ini mulut laser. Tak tahulah betul ke tak kan? Saya marah bukan sebab benci, saya marah sebab saya sayang pada masyarakat Melayu saya yang Islam  sekarang ini.  Okaylah sebagai conclusionnye kepada kita semua "Janganlah kita ikut sebarang budaya yang ada sekarang ni... Ikutlah Islam bukan Ikut Yahudi".............. 

5 Oct 2012

Couple Menghampiri Zina

Assalamualaikum w.b.t ...

Hari ini nak cakap pasal couple yang makin merebak dalam diri remaja sekarang ini. Ramai remaja hari ini yang  dalam  hati mereka mempunyai bunga-bunga cinta. Tidak hairanlah jika itu mereka inginkan kerana cinta itu merupakan fitrah semula jadi manusia yang Allah s.w.t letakkan dalam setiap diri manusia lelaki dan perempuan. Tetapi jika cinta itu disalahgunakan maka ia aka membawa perkara yang tidak elok seperti couple dan zina.

Seperti firman Allah S.W.T. dalam  surah al-Israa' ayat yang ke 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
                                           (Al -Israa' 17;32)

Dalam hadis Rasulullah S.A.W juga ada menyebut
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..



Bagi remaja yang jahil ianya tidak memberi apa-apa kesan buruk kerana ouple merupakan salah satu cara untuk mereka mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam tentang sifat peribadi 'awek' mereka.

Akibatnya, bila perkara itu sampai ke tahap " klimaks" nya berlakulah pergaduhan antara pasangan yang sedang bercinta tersebut. Yang perempuan katakan lelaki salah manakala lelaki pula kata perempuan salah..... Akhirnya apa yang jadi "lue fikirlah sendiri"

7 Jul 2012

3 sebab kenapa wanita suka mendedahkan aurat

Mungkin terbitnya post ini membuatkan ramai orang yang tak berpuas hati dengan tulisan saya ini tapi inilah kenyataan nyer yang patut di dedahkan kepada semua blogerz yang saya kasihi..... Sama-samalah ambil iktibar nyer. Insha Allah

 3 sebab wanita mendedahkan aurat 
  • Fesyen pakaian yang terkini- Ramai perempuan yang suka akan stail hidup barat yang menjolok mata. Ini kerana mereka lebih berasa anggun apabila si lelaki memuji mereka(padahal ia mengutuk) dengan pakaian mereka yang seksi lagi menyeksakan ini

  • Senang mahu tarik si lelaki yang dayus masuk ke dalam api neraka- Pabila si suami tidak menegur si wanita yang dikahwini nyer itu memakai pakaian yang bolehh mengancam lelaki yang lain..... Maka si suami itu bergelar dayus...... Dan di akhirat  nanti mudah bagi isteri itu menariknya untuk sama-sama  ke dalam api neraka.


  • Bertudung tapi pakaiannya-Ramai wanita yang suka bertudung tetapi mereka sebenarnya telanjang dengan pakaian yang mencolok mata.... Seperti kata Ustaz Azhar Idrus, wanita tidakj perlu memakai tudung tetapi wajib menutup aurat  

31 Mar 2012

Bunuh Diri dengan Rokok

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini adalah hari yang terakhir untuk bulan Mac bukan?.... Sempena hari yang terakhir ini saya mahu ceritakan tentang rokok....



Nak cerita pasal definisi rokok.... Rasanya tak payahlah kot... sebabnya semua orang dah tau.... Kalau sesiapa yang belum tahu carilah di wikipedia.... Apa yang nak diberitahu hari ini adalah pasal rokok durjana....


Setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap jam, setiap minit, setiap saat bahkan setiap detik ada je orang yang merokok.....Tak percaya tengoklah masyarakat kat sekeliling kita ada je yang merokok.... bukan orang dewasa sahaja bahkan budak sekolah pun merokok jugak..... Saya nak tanya kepada pembaca blog ini apa bestnya rokok ini?..... Yang saya tahu rokok itu hanyalah sebagai pembunuh kita.....

Ramai yang dah tahu tetapi kenapa masih ada yang merokok...... Dalam Islam, agamanya melarang umatnya yang merokok tetapi tengoklah ada jugak yang merokok..... Dalam solat bukan main khusyuk. Tapi  hakikatnya, lepas solat rokoklah tempat ia bergantung... Nak kata faedah bila kita merokok rasanya adalah kot... Faedahnya boleh mati cepat... Sebabnya.... tanyalah sendiri pada penghisap rokok yang tegar.....


Tak guna kalau kita bagi nasihat kan.... Sebabnya orang dah tak ambik kisah... Saje je nak bunuh diri sendiri



20 Mar 2012

Bandar atau Kampung

Assalamualaikum w.b.t..... Hari ini nak cerita pasal nasi lemak kampung dengan nasi lemak bandar...

Seperti biasa, kalau nasi lemak yang dijual di bandar  memang mahal macam harga air kotak. Dianggarkan RM 1.20 ~ RM 2.00.... Kalau nasi lemak yang dijual di kampung  harganya mencecah  sebanyak 60 sen ~ 70 sen......
Setuju tak apa yang saya katakan? Kalau tak setuju silalah comment di ruangan comment... Sama-sama kita berbincang......

Okaylah, mesti ramai yang dah pening apa yang saya merepek nih kan.... Straight forward saya katakan.... Sebenarnya, saya nak katakan harga nasi lemak  di bandar sebenarnya lebih mahal berbanding dengan kampung punya...... Lebih-lebih lagi kalau kita tengok orang yang jual nasi lemak di bandar, mungkin mereka nak jual banyak sebab itu lah mahal tapi kalau kampung punya orang jual sikit je... Tapi kalau kat bandar  orang hanya jual lauk sambal bilis je kalau nak tambah apa apapun kenalah bayar lebih kan tak la macam kat kampung pelbagai variasi ada seperti ayam yang comel-comel je, ikan masin, bilis telur, bilis, telur dan sotong......

Pada pendapat saya, walaupun saya orang bandar tetapi saya lebih meminati nasi lemak kampung berbanding  bandar... sebab apa? It's secret..... hehehe


19 Mar 2012

Anak itu Anugerah



Assalamualaikum, dah lama  jugak update blog... Hari ini saya nak sentuh berkenaan kisah penculikan kanak-kanak yang semakin hangat diperkatan di media massa.... Kenapa ini berlaku dan siapa salahnya?

Banyak kes yang kita sudah dengar tentang kes ini. Misalnya, tentang Sharlinie yang hilang pada tahun 2008 masih belum ditemui sehingga hari ini malah langsung tiada perkembangan tentangnya lagi. entah hidup ataupun mati, kita semua tak tahu....


Okay lupakan seketika pasal kes Sharlinie, apa yang nak ditekankan adalah berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa yang makin hari makin sibuk dengan kerja yang banyak demi gaji yang melimpah ruah seperti yang berlaku baru baru ini iaitu budak berusia 5 tahun ke kedai keseorangan yang diculik kemudiannya dibakar. Ini bukan kerana apa, kerana kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak itu keseorangan ke kedai..... Kalau kata budak usiannya 17 tahun takpelah jugak sekurang -kurangnya orang taklah kisah sangat, ini bukan budak 17~18  tahun tapi 5 tahun.... Apelah nak jadi.... Saya bukan nak melarang anda untuk kejar impian yang seindah pelangi tue cuma rasa terkilan dengan ibu bapa yang ambil mudah terhadap anak-anak mereka.... Suatu hari nanti kalau anak tue tak layan, lawan kata, tinggal di rumah orang tua barulah waktu tu kecoh satu dunia kata anak derhakalah, anak kejamlah ataupun anak 6 jahanam.... Tapi cuba lihat sendiri kita, adakah kita seorang ibu atau bapa yang baik untuk anak-anak..... Sama- sama kita fikirkan......

Jom Dengar Kisah Ustaz Don Daniyal










Ingat Anak itu Angerah

14 Feb 2012

[BONGKAR] KFC...... How to make it

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ini nak kongsi pasal KFC..... Bagaimana nak buatnye..... Jom saksikannya

Bagaimana seronok kan.......




4 Feb 2012

Salam Maulidur Rasul


Alhamdulillah, Salam Maulidur Rasul kepada Pengunjung blogger ana......

2 Feb 2012

Peribahasa Melayu Yang Tak Jelas........

Hari ini saya nak kongsi satu maklumat tentang Peribahasa Melayu yang tak beberapa jelas iaitu:-

  • Peribahasa kurang jelas
Harapkan Pagar, Pagar makan padi - Pernah tak anda terfikir bagaimanakah pagar boleh makan padi padahal pagar itu bukan bukan merupakan benda hidup........ 
  • Peribahasa yang sebenar
Harapkan Pegar, Pegar makan padi- Inilah merupakan peribahasa yang tepat bagi menggantikan peribahasa diatas. Untuk makluman semua pegar merupakan sejenis burung. Oleh yang demikian, benarlah peribahasa ini merupakan peribahasa yang tepat sekali

  • Peribahasa kurang jelas
Bagai melepaskan batuk ditangga- Peribahasa ini kurang jelas kerana perkataan batuk...... Batuk merupakan sejenis mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernafasan..... So that is not suitable for Peribahasa Melayu,

  • Peribahasa yang sebenar
Bagai melepaskan Batok ditangga- Batok merupakan alat yang digunakan untuk membasuh kaki yang diperbuat daripada tempurung..... Secara amnya, selepas kita membasuh kaki, kita biasanya tak meletakkan nya di tempat asalnya semula. Dari situlah kita membuat kerja sambil lewa........


Perkara ini berlaku kerana tulisan jawi yang ditukar kepada rumi. Mungkin perkara ini tidak diambbil kisah selepas penukaran tulisan jawi kepada rumi........

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي


ملڤسکن باتوق د تڠݢ



Tolong sebarkan........

1 Feb 2012

Apa Kata Artis Yang Bertudung

Huhuhu lama betul tak update blog. Lebih kurang sebulan sudaa tak mengupdate ...... Banyak busy sekarang nih sejak sekolah bukak..........

Okay, sekarang nih kita sambung dengan topik kita hari ini iaitu Apa Kata Artis Yang Bertudung (A.K.A.Y.B) Dalam entry post yang lalu ada 3 artis yang sudah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. iaitu Irma Hasmie, Diana Amir,  Catriona Ross. Hari ini kita nak kongsi pula cerita mereka.......

        Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup. Dia pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci. Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.
“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.
“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.
Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.
“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.
“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.
“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.
Dalam suatu kenyataan lain, kata pelakon berusia 29 tahun itu, sebelum berlepas ke Mekah, dia telah terlebih dahulu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
"Ia merangkumi semua aspek. Seperti yang saya katakan, apabila kita hendak menunaikan umrah, kita kena bersedia dan dari situ lagi, saya sudah berdoa.
"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.
Meneruskan bicara, Irma memberitahu, sesungguhnya dia sayang untuk mengotorkan taubat yang telah dipanjatkan semasa mengerjakan umrah dan amat bersyukur kerana jalan untuknya berhijrah mendapat keredaan dari-Nya. Keputusannya untuk bertudung sekali gus menghadiahkan perasaan seronok dan tenang yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata.
"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.

  • Diana Amir ( Sources Mstar Online)
PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama. “Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. “Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
“Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan. “Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. “Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,” tuturnya. Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam. Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang. “Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
“Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,” katanya lagi.


  •  Catriona Ross (Youtube)







P/s: Saya harap semoga Irma Hasmie, Diana Amir dan catriona Ross akan terus mendapat hidayah dari Allah S.W.T. Insha Allah.....

5 Jan 2012

Hidayah Hijrah......


Satu lagi fenomena yang dapat kita lihat pada tahun 2011, dimana kita telah dikejutkan dengan artis Malaysia yang dulunya dikatan "Sexy giler" kini manis dengan tudung yang manis sekali iaitu Irma Hasmie, Diana Amir, dan Catriona Ross ....... Itulah yang dikatan hidayah Allah SWT...... Bagi saya kepada artis-artis ini janganlah anda memakai tudung hanya secara uluk-uluk saje, malah kekalkanlah hingga kamu ditudungkan.....

1 Jan 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Alhamdulillah akhirnya dapat juga update blog ini lagi.... Sedar sedar dah masuk tahun 2012... Dah masuk tahun 2012 ini kita perlu bersyukur kerana usia kita dipanjangkan . Dapat melihat dunia yang indah ini..... Ehem.. Ehem..  nampaknya semua warga blogger ini ramai yang dah tua walaupun anda menggunakan safi rania gold apebende entah tu? kita tetap tua....kini usia De R.I.F pon dah  masuk 16 tahun.... PMR yang lalu De R.I.F mendapat 5A 3B..... . Tak sangka boleh dapat keputusan macam tu.... Sebelum ini hanya dapat keputusan yang cukup makan je....... Alhamdulillah semua itu rezeki dari Allah S.W.T....

Where Are U From?