24 Nov 2011

erti H.I.J.R.A.H



Assalamualaikum kepada pembaca blog saya sekalian..... Tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru hijrah bagi orang muslim... Mungkin kita tidak sedar akan kedatangan bulan Islam kecuali hanya di bulan Ramadan sahaja kerana sewaktu itu kita akan berkira-kira tarikh untuk bulan ramadan keran tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang selepas penat kita berpuasa........

Hijrah 1433
Ramai orang akan memperbaharui azam setiap kali tahun baru bermula.... Ada yang berazam  tahun  baru ini aku nak..... aku tak nak.... aku itu... aku ini dan sebagainya tapi ramai juga yang akhirnya kecudang dengan azam tersebut ataupun ibarat hangat-hangat tahi ayam. Bila ditanya balik kenapa tak boleh nak lakukan  azam  yang baru ini akan menjawab " susah la bro nak tinggal azam yang lama tue". Itu mesti jawapan yang akan diberi oleh orang yang ada azam tetapi tidak melaksanakannya dengan penuh sabar atau yang seumpama itu.....

Where Are U From?