14 Aug 2011

Pokok Gharqad - Penentu antara Yahudi dan Islam



Tahukan anda pokok Gharqad ini ialah sejenis pokok Yahudi....... Pokok ini sedang sibuk ditanam di merata tempat  oleh orang Yahudi....Terdapat hadis yang sahih daripada Rasulullah SAW yang mengatakan "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia!. Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".  

Mungkin sekarang ini Yahudi lebih pintar dari tentera Islam yang leka dengan hiburan-hiburan yang menjadi permainan Yahudi..... Kita sahaja yang tidak perasan akan perangkapnya itu........

2 Aug 2011

Dato' Haron Din Masuk IJN



Dato' Dr. Haron Din dimasukkan ke Intitut Jantung Negara petang semalam.....  Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan kecil(angiogram)...... Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan Dato' Dr. Haron Din............. Al-Fatihah

p/s: Maklumat lanjut boleh layari blog Merah Tinta

Marhaban Ya Ramadan




Ahlan Wasahlan Ya Ramadan........ Alhamdulillah syukur kita ke atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kerana dipertemukan Ramadan kali ini...... Anadai saja Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir.. Betapa ruginya kita kerana mensia-siakan ramadan ini.....

Sempena Ramadam ini aku dah janji pada diriku yang aku akan berubah menjadi anak yang soleh...... Aku tak nak mensia-siakan Ramadan ini  sebabnya kita tak tahu tahun depan kita dapat bertemu dengan bulan Ramadan  yang akan datang.....Mungkinkah Ramadan ini yang terakhir untuk kita????  Sia-sialah kepada orang yang megambil mudah tentang Ramadan ini...... 

Rebutlah pahala di bulan Ramadan ini.... Senang dan mudah untuk merebut pahala di bulan ini. Sepertimana hadis Rasulullah S.A.W bersabda "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis riwayat Abu Hurairah). Lihatlah betapa indahnya Ramadan itu.....

Where Are U From?