1 Jul 2011

SAJASI II-Sempena Persaraan Pengetua SMKJ3

Tuan Haji Surimin Bin Giman

Assalamualaikum w.b.t, SAJASI kini kembali lagi. SAJASI kali ini membawa tema sempena majlis persaraan Pengetua SMKJ3. Sepatutnya beliau bersara pada bulan Ogos ini. Tetapi oleh kerana beliau ingin bercuti terlebih awal maka beliau setakat berkhidmat pada 1 Julai 2011. Dibawah ini adalah rekaan saya yang dikenali sebagai SAJASI. Walaupun SAJASI ini tidak beberapa sedap bunyinya tetapi sedap bunyinya buat saya. Jom  kita mendengarinya.......

Tanggal 1 Julai 2006,
Satu perubahan telah berlaku,
Yang terus mengubah segala-galanya,
Dengan kecemerlangan yang dapat engkau rasakan,
Kerana engkaulah SMKJ3 menjadi sebutan ramai,
Jauh disudut hatimu,
Terpendam sebuah rahsia,
Tanpa sesiapa yang mengetahuinya,
Adakah engkau akan melupakan kami!
Untuk selama-lamanya,
Hari ini, 1 Julai 2011
Engkau akan meninggalkan kami dengan 1001 kenangan,
Yang pahit, manis, masam dan masin
Apa jua sekalipun,
Perjuangan mu tetap kami teruskan
Ku tetap redha perpisahan ini.

Ikhlas  daripada:-
Murid Tingkatan 3


Kepada pengetua SMKJ3 Tuan Haji Surimin Bin Giman, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mendidik sekaligus memberi kata-kata perangsang kepada kami untuk berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin tanpa engkau kami tidak akan berjaya sekarang......




No comments:

Post a Comment

Where Are U From?