31 May 2011

Yeah........Baru Dapat Cuti

Alhamdulillah akhirnya selamat 4 hari sekolah, petang ini barulah terasa nikmatnya bercuti........ Walaupun malas juga nak pergi sekolah selama 4 hari berturut-turut tetapi terpaksa untuk berkorban demi belajar ataupun study for PMR Exams yang bakal tiba...... Time cuti ni lah paling best sekali, dapat menghilangkan stress yang ada di sekolah.........


28 May 2011

Tragedi Demi Tragedi

Dah lama tak menulis di blog.....Alhamdulillah hari ini dapat juga nak update blog pasal tragedi 21 Mei 2011 yang lalu........

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada hari itu telah mengorbankan 16 orang anak-anak yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah al-Taqwa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang yang beriman......Al-Fatihah............

Kepada anak-anak yatim Madrasah al-Taqwa yang masih dalam trauma......Harap dapat  tabahkan hati dan bersyukur kerana masih diberi ppeluang untuk hidup.Sesungguhnya Allah S.W.T tahu apa yang sedang dirancangkan-Nya..........

Apa yang nak dikatan inilah kuasa Allah, Malah Allah boleh buat apa sahaja yang dikehendaki-Nya.Mungkin dunia ini akan musnah..... Mungkin kita berada di akhir zaman  yang semakin hampir kepada kiamat.......... Adakah anda sudah bersedia ke dunia yang kekal abdi selama-lamanya.??????

10 May 2011

Hari Ibu Itu Haram atau Sebaliknya



Sejarah:
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

========================================================


Tapi tidak menyalahi  jika terdapat 2 perkara

  • Menghormati dan menghargai hanya sewaktu hari ibu sahaja
  • Dilakukan kerana mengikut perbuatan orang bukan Islam iaitu mempercayai tuhan mereka yakni Greek
Dalam Islam umat Islam hanya boleh menyambut dua perayaan iaitu:-
  1. Hari Raya Aidilfitri 
  2. Hari Raya Aidiladha
Tidak salah kalau kita hendak menyambut hari Ibu asalkan tidakterdapat niat seperti 2 perkara diatas( highlight kuning). Kalau kita mengingati hari ibu sekadar mengingati kerana jasa ibu yang telah banyak berjasa pada kita maka tidak menjadi kesalahan seperti perkara diatas. Tetapi jangan Mengingati hanya sekadar hari itu sahaja kerana pada setiap harilah hari ibu,bapa, dan guru 

6 May 2011

PROGRAM SMART SOLAT




Program Smart Solat dan Sahsiah 2011 akan diadakan pada 14 dan 15 Mei 2011 bertempat di Surau Jubli Perak Al -Ikhwan, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.  Hanya RM 30 sahaja.


Harap sesiapa yang ada anak yangberumur dalam lingkungan 10-15 tahun. Anda dialu-alukan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
  1.  Sdr. Daud ( 013-2287055)
  2. Sdr. Musa (013-6429225)

1 May 2011

Jalan- Jalan di Pusat Sains Negara (PSN)

Hehehehe hari ini saya pergi ke PSN iaitu Pusat Sains Negara...... Best jugak sebab dapat tengok binatang zaman purba(dinosour) dapat tengok kajian mengenai electricity dan macam-macamlah........


Selamat Datang Ke Dinosour Land


Bersama-sama dengan dinosour


Baik betullah dinosour nie


Bersama dengan nenek


Ibu Saudara dengan nenek










Sesat !!!!























Sepupuku, Hazmi






























Hello, Hello




Menyelesaikan masalah 'hexagon'


Menyelesaikan Masalah



Capital 'T'









"Tolong! Tolong!"



Where Are U From?