10 Mar 2011

Hari Kekasih Itu H.A.R.A.M


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari Kekasih atau lebih dikenali Hari Valentine yang disambut pada 14 Febuari setiap tahun adalah haram dalam Islam tetapi masih ramai lagi orang Islam yang menyambutnya. Apalah yang berlaku zaman sekarang ini. Hadiah yang diberi umpama kek, jambangan bunga, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya.


SEJARAH SAMBUTAN VALENTINE DAY
Diambil daripada Bicara Sufi



Saat membicarakan tentang Valentine’s Day, terdapat 4 pendapat sejarah berkaitan dengannya.



Pendapat pertama: dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjad pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing . kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut kepada badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut –rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.



Pendapat kedua: dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.



Versi pertama
: Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara dan diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian tdan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupn telah dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan ajaran Kristian dikalangan banduan-banduan penjara disamping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Claudius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai pengorbanan besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St.Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap pengikut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa bahawa ketika didalam penjara , beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan “From Your Valentine”(daripada Valentinemu). Maka orang-orang kristian mengambil sempena 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian St. Valentine.



Versi kedua: Claudius II beranggapan bahaaw anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu,Claudius II menghalang pemuda dari berkahwin. Namun demikian St. Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu beliiau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada14 Februari 269 M.



Pendapat ketiga: dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana menganggap agam Islam adalah agama yang zalim.



Pendapat keempat: menyatakan sambutan valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Where Are U From?