27 Feb 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal

Dipetik daripada {iluvisalam]
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.

26 Feb 2011

Layakkah Kita Bergelar Saudara?

Cerpen ini diambil daripada iluvislam.comKisah ini menceritakan tentang seorang budak kecil bernama Khalid dan ibu bapanya iaitu Salman Al Farisi dan Nur Laili........


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Umi!!!!" Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

"Umi!!!" Khalid menjerit lagi.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

"Khalid.. Khalid anak umi..."

Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang...

"Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."

[B]* * *[/B]

"Khalid... Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"

Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.

"Umi, Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...

"Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.

Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

"Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita akankuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

"Tapi abi...."

"Kenapa Khalid?"

"Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

"Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"

Angguk.

"Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."

"Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.

"Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.

"Macam abang-abang?" Khalid bertanya lagi.

Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

"Abi....."

Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.

Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini...

Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta...

[B]* * *[/B]

Pom! Pom!

Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.

Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.

"Abi... Kenapa tinggalkan Khalid..."

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...

* * *

"Umi..." Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.

"Ya sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

"Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?"

Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

"Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."

"Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"

Nur Laili tersentak sekali lagi.

"Umi..." Perlahan, Khalid memanggil.

"Ya sayang..."

[B]"Adakah mereka mendoakan kita?".[/B]

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Nur Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.

[B]Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.[/B]

"Umi..."

Khalid memanggil lagi.

"Ya..."

[B]"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?".[/B]

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Diam.

"Umi.."

"Ya nak.."

[B]"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?"[/B]. Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

"Siapa?"

"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"

Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi air...

"Umi tidak tahu sayang..."

[B]''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.[/B]

"Umi..."

"Ya sayang..."

Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...

"Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"

"Ya sayang.."

"Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?"

Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini...

"Kenapa umi menangis?"

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..

[B]"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?".[/B]

Angguk.

Pom!!!.

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

"Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."

Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

"Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya...

"Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya....

19 Feb 2011

Aiman Dengan Guru Tadika

Kisah ini dipetik daripada iLuvislam.com. Kisah ini mengisahkan seorang guru tadika yang tak percaya akan kewujudan Allah S.W.T...... Betapa jahilnya seorang cikgu tadika tersebut tapi nasib baiklah ada juga salah seorang anak murdnya bijak berkata-kata.............




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Aiman : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Aiman : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Aiman : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Aiman : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Aiman: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

7 Feb 2011

Islam Itu Mudah



Harini saya nak cerita sikit pasal bab2 Islam nie. Seperti yang kita ketahui islam itu mudah. Memang benar apa yang dikatakan islam itu sangat mudah. Kenapa saya kata begitu? Nak tahu sebabnya:-

a) Jawab Peperiksaan
Bagi saya menjawab peperiksaan begitu mudah sangat sebab kita tak semestinya menghafal apa yang ditulis didalam buku teks, buku nota, buku rujukan.Lebih senang kalau kita fikir tapi pastikan kita fikirkan secara kreatif jangan kita fikir yng bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh soalan

b) Solat

Seperti yang kita tahu solat itu tiang agama. Solat itu merupakan ibadah terpenting bagi seseorang muslim. Bagi orang yang tak mampu berdiri, digalakkan duduk tak mampu juga duduk boleh solat secara baring mengiring atau melentang dan yang tak mampu untuk solat begitu boleh menggunakan isyarat kelopak mata dan akhir sekali solat secara ingat dalam hati.Jadi tiada alasan untuk tidak solat......

Sebagi penutup, Islam itu Mudah bagi semua perkara. .......

2 Feb 2011

Petua de R.I.F 2


1.Badan lebih Langsing

Tentu ramai dikalangan kita yang ingin kan tubuh lebih langsing. Ada juga yang sanggup pergi ke pusat-pusat pelangsingan badan. Untuk menjimatkan duit belanja, caranya senang je buat solat malam selama 1 ½ jam....... Insya Allah anda dapat bentuk badan yang diidamkan......Tapi memerlukan kesabaran sikit......

2.Mahu masakan lebih sedap

Hari ini ramai orang yang masak menggunakan penambah perasa dalam masakaan. Lagipun, penambah perasa ini boleh menyebabkan kolestrol dan darah tinggi . Caranya senanag je bubuh garam atau kicap untuk menambah perasa dalam masakan......

p/s: InsyaAllah pada Bulan Mei ini kita akan adakan contest Petua de R.I.F

Where Are U From?