19 Dec 2011

FanPages De R.I.F


Kepada peminat  blogger De R.I.F. Kini anda boleh LIKE Pages De R.I.F di Facebook Anda sekarang

24 Nov 2011

erti H.I.J.R.A.H



Assalamualaikum kepada pembaca blog saya sekalian..... Tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru hijrah bagi orang muslim... Mungkin kita tidak sedar akan kedatangan bulan Islam kecuali hanya di bulan Ramadan sahaja kerana sewaktu itu kita akan berkira-kira tarikh untuk bulan ramadan keran tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang selepas penat kita berpuasa........

Hijrah 1433
Ramai orang akan memperbaharui azam setiap kali tahun baru bermula.... Ada yang berazam  tahun  baru ini aku nak..... aku tak nak.... aku itu... aku ini dan sebagainya tapi ramai juga yang akhirnya kecudang dengan azam tersebut ataupun ibarat hangat-hangat tahi ayam. Bila ditanya balik kenapa tak boleh nak lakukan  azam  yang baru ini akan menjawab " susah la bro nak tinggal azam yang lama tue". Itu mesti jawapan yang akan diberi oleh orang yang ada azam tetapi tidak melaksanakannya dengan penuh sabar atau yang seumpama itu.....

23 Oct 2011

Siapakah Hero Kita?

Situasi di suatu pagi
Si ayah : Siapalah agak-agaknya hero kamu

Si anak: Alahai ayah nih tentulah batman 
Si ayah: Kenapa batman
Si anak: ?????

Pernah tak anda terfikir tentang siapa hero anda? Memang diluar kita boleh menipu orang lain bahawa hero kita ialah Allah SWT dan Rasulullah SAW tetapi jangan haraplah dalam hati tidak boleh bohong tentang hero kita ialah batman or apa-apa je laa...Mudah kita katakan Allah adalah hero kita tetapi adakah kita masih leka terhadap keduniaan.Masih leka dengn saham-saham syarikat sehingga kita lupa untuk bertafakkur kepada Allah SWT. Ingat jika kita ingat Nya nescaya Allah pasti ingat balik kepada kita, jika kita abaikan Nya nescya ia juga akan abaikan kita. Pernah tak anda bertanya kepada anak anda tentang heronya???? Jangan pernah biarkan anak anda terus leka dengan dunia yang penuh fana ini......Semoga kita dapat membaiki kesilapan kita......
Batman or Allah SWT





21 Oct 2011

Jenazah Hidup.....

Hari Rabu yang lalu, sekolah aku ada buat pengurusan jenazah...... Ceramah ini disampaikan  oleh Ustaz Jamsari bin Haji Ahmad. Lepas tu, ustaz tu cakap siapa nak jadi model mayat untuknya...... Ramai orang paksa suruh aku jadi..... Jadi aku pun jadi laa jenazah yang hidup...Tapi best jugak sebab dapt RM 10...... Alhamdulillah  selepas aku jadi jenazah ini, aku rasa macam ada sesuatu kelainan bila dapat jadi jenazah ini.... Ia mengajar aku supaya jangan leka dengan dunia yang fana ini. Jangan terlampau enjoy dengan dunia yang di luar  sana sepertimana artis-artis  di dunia ini...... Peace!!!!


12 Oct 2011

Hukum Hudud-Wajib ke???

Hari ini saya nak bincang pasal hukum hudud yang selama ini kecoh dikalangan parti-parti politik...... Persoalan utama, adakah wajib ia dilaksanakan? Kedua benarkah ia menzalimi orang yang membuat kesalahan?

Hujah-hujah artis di Malaysia...... 





Hukum hudud bermaksud keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

Jika anda baca komen artis kita yang selama ini kita minat, dijadikan sebagai idola dan macam-macam lagi........ Semua itu salah....

Pendapat saya hukum ini adalah satu hukuman yang akan memberikan keinsafan kita kepada seluruh manusia supaya meninggalkan perbuatan yang tidak elok dipandang oleh mata hati masyarakat dunia.....

Bayangkanlah jika......
  • Zina semakin menjadi-jadi
  • Perompak masih lagi bebas merompak
  • Si peminum masih lagi dalam kekhayalan
  • Murtad semakin menjadi-jadi
Terdapat beberapa jenis hukum hudud. Antaranya ialah......

  • Penzina-harus direjam sampai mati(berkahwin)100 kali sebatan(tidak berkahwin)
  • Penuduh zina- 60 kali sebatan
  • Peminum arak- 40 kali sebatan
  • Si Pencuri- Potong tangan
  • Si Perompak-Bergantung perkara yang membawa kemudaratan kepada si pemangsa
  • Si Murtad-Dibunuh(jika tidak mahu mememeluk Islam semula)



Apa hikmah pelaksanaan  hukum hudud???

  1. Dapat mengurangkan kadar jenayah kerana hukum hudud bukan sahaja memberi pengajaran kepada si pesalah malah kepada masyarakat umum
  2. Merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T seperti dulunya tidak pernah solat kini solat
  3. Dapat menjauhi perbuatan yang keji seperti perkara yang diatas 

10 Oct 2011

The New Era of De R.I.F



Huh.... Lama betul tak update blogger nie.....Biasalah orang baru lepas exam PMR.......Sibuk je...... hahahahaha..... Kali ini bloggernie tengah update pasal template terbaru yang diambil dari blogger..... kepada peminat setia De R.I.F ..... Harap maaf jika ada kesulitan dalam melayari blog ini seperti ketiadaan chatbox, music player dan apa-apa yang ada pada blog ini sebelum diubahsuaikan..... Tahu-tahu je laa  template baru kenalah testnya dulu........

14 Aug 2011

Pokok Gharqad - Penentu antara Yahudi dan Islam



Tahukan anda pokok Gharqad ini ialah sejenis pokok Yahudi....... Pokok ini sedang sibuk ditanam di merata tempat  oleh orang Yahudi....Terdapat hadis yang sahih daripada Rasulullah SAW yang mengatakan "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia!. Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".  

Mungkin sekarang ini Yahudi lebih pintar dari tentera Islam yang leka dengan hiburan-hiburan yang menjadi permainan Yahudi..... Kita sahaja yang tidak perasan akan perangkapnya itu........

2 Aug 2011

Dato' Haron Din Masuk IJN



Dato' Dr. Haron Din dimasukkan ke Intitut Jantung Negara petang semalam.....  Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan kecil(angiogram)...... Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan Dato' Dr. Haron Din............. Al-Fatihah

p/s: Maklumat lanjut boleh layari blog Merah Tinta

Marhaban Ya Ramadan




Ahlan Wasahlan Ya Ramadan........ Alhamdulillah syukur kita ke atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kerana dipertemukan Ramadan kali ini...... Anadai saja Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir.. Betapa ruginya kita kerana mensia-siakan ramadan ini.....

Sempena Ramadam ini aku dah janji pada diriku yang aku akan berubah menjadi anak yang soleh...... Aku tak nak mensia-siakan Ramadan ini  sebabnya kita tak tahu tahun depan kita dapat bertemu dengan bulan Ramadan  yang akan datang.....Mungkinkah Ramadan ini yang terakhir untuk kita????  Sia-sialah kepada orang yang megambil mudah tentang Ramadan ini...... 

Rebutlah pahala di bulan Ramadan ini.... Senang dan mudah untuk merebut pahala di bulan ini. Sepertimana hadis Rasulullah S.A.W bersabda "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis riwayat Abu Hurairah). Lihatlah betapa indahnya Ramadan itu.....

29 Jul 2011

Domino's Party @ SMKJ3


Ermmmm...... Hari ini kelas aku buat jamuan makan-makan sempena puasa  di SMKJ3. Semua pelajar kena bayar  sebanyak RM6 dapat 3 keping pizza domino's.... Pada mulanya aku terfikir nak bayar atau tidak. Aku nie jenis yang kedekut sikit susah nak bawak keluar duit tu......... Tapi takpelah sekali-sekala rasa pizza nie... 3 keping pizza tu aku makan satu je, yang lagi 2 tue aku bawak balik rumah.... Satu untuk mak aku lagi satu tue untuk 2 orang abangku + cik Norisniyati (Mak Saudara).... Pandai-pandailah mereka potong macam mana pun......Jom kita explore serba sikit gambar yang diambil tadi......





16 Jul 2011

SoLaT BeRjEmAaH DaLaM MaTeMaTiK

Assalamualaikum w.b.t. hari ini aku takde benda nak post so aku copy dari Halaqah.Net ini......... Mari kita tengok solat berjemaah dengan solat secara bersendirian dalam Matematik............



Formula;
Solat sendirian = RM1,
Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari;

Sehari;
5 kali X RM1 = RM5,
5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng:). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. :senyum:. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;
30 hari X RM5 = RM150
30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. :senyum:. Siapa la yang nak gaji kecik?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun;

Setahun;
12 bulan X RM150 = RM1,800
12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? :senyum:..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dsb. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je ke.. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh, ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! MasyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.



BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH S.W.T




Haa .... inilah bukti jika kita sembahyang secara berjemaah..... Betapa agungnya nikmat Allah S.W.T terhadap hambanya bukan?????? Ini baru sedikit sahaja kalau kita solat berjemaah selama setahun...... Misal kata kalau kita solat berjemaah 60 tahun macam mana pula ........... Jadi misal kata kalau kita kata Allah itu tak adil... macam mana dengan pahala solat berjemaah pula........Fikir-fikirkanlah





P/s: RM=Pahala @ ganjaran

1 Jul 2011

SAJASI II-Sempena Persaraan Pengetua SMKJ3

Tuan Haji Surimin Bin Giman

Assalamualaikum w.b.t, SAJASI kini kembali lagi. SAJASI kali ini membawa tema sempena majlis persaraan Pengetua SMKJ3. Sepatutnya beliau bersara pada bulan Ogos ini. Tetapi oleh kerana beliau ingin bercuti terlebih awal maka beliau setakat berkhidmat pada 1 Julai 2011. Dibawah ini adalah rekaan saya yang dikenali sebagai SAJASI. Walaupun SAJASI ini tidak beberapa sedap bunyinya tetapi sedap bunyinya buat saya. Jom  kita mendengarinya.......

Tanggal 1 Julai 2006,
Satu perubahan telah berlaku,
Yang terus mengubah segala-galanya,
Dengan kecemerlangan yang dapat engkau rasakan,
Kerana engkaulah SMKJ3 menjadi sebutan ramai,
Jauh disudut hatimu,
Terpendam sebuah rahsia,
Tanpa sesiapa yang mengetahuinya,
Adakah engkau akan melupakan kami!
Untuk selama-lamanya,
Hari ini, 1 Julai 2011
Engkau akan meninggalkan kami dengan 1001 kenangan,
Yang pahit, manis, masam dan masin
Apa jua sekalipun,
Perjuangan mu tetap kami teruskan
Ku tetap redha perpisahan ini.

Ikhlas  daripada:-
Murid Tingkatan 3


Kepada pengetua SMKJ3 Tuan Haji Surimin Bin Giman, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mendidik sekaligus memberi kata-kata perangsang kepada kami untuk berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin tanpa engkau kami tidak akan berjaya sekarang......




27 Jun 2011

Mesut Kurtis - Artis Nasyid


Mesut Kurtis adalah seorang penyanyi nasyid yang terkini. Mesut Kurtis dilahirkan pada Julai 1981. Dia dibesarkan di Skopje, Macedonia. Mesut Kurtis pernah memenangi Awakening Records. Beliau juga pernah bergandingan dengan Maher Zain dalam lagu berjudul 'Never Forget'. Beliau akan mengadakan konsert di Jordan-Amman pada 14 Julai 2011. Selain daripada lagu 'Never Forget' beliau juga telah menyampaikan  beberapa lagu seperti Burdah dan sebagainya


Mesut Kurtis~Never Forget
Never Forget
Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
Nothing worthy of worship except Allah


When you’re walking down the street
Use your time and repeat
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

To be able to defeat
Shaytan and his deceit
Ask Allah for help and repeat
La ilaha illa Allah

Chorus

If we want to succeed
We must purify our creed
Obey Him in every deed
La ilaha illa Allah

Chorus

To become completely freed
From your envy and your greed
In your heart plant the seed of
La ilaha illa Allah
Chorus

Mesut Kurtis

23 Jun 2011

Sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W

Hari ini saya nak cerita pasal salah satu sunnah Rasulullah iaitu Adab ketika membuang air. Salah satu daripada adab tersebut ialah tidak berkata-kata kecuali darurat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah dari ibnu Umar R.A berkata " Ada seseorang yang melewati rasulullah S.A.W. ketika baginda tengah buang hajat Ketika itu, orang tersebut mengucapkan salam tetapi baginda tidak menjawabnya. Sebagai contoh kita ini tidak boleh berkata-kata di dalam tandas kecuali dalam keadaan yang berbahaya. Sebagai contoh lihat dialog dibawah
 
Dialog 1
Hashim : Hei, Farouk kau ade kat luar ke??
Farouk : Ye laa aku kat luar lah nie. Tengah menunggu kau

Dialog 2
Erman :  Oi Faiz, keluar cepat!!! Tandas terbakar !!!!
Faiz : What's the toilet is burn???

Berdasarkan 2 dialog diatas, dialog 1 kita tidak boleh bercakap di dalam tandas kerana tiada  satu unsur darurat manakala dialog 2 kita dibolehkan bercakap kerana jika kita tidak orang diluar  tidak memberitahunya belum tentu kita akan selamat......... 
 

Saya akhiri ending saya dengan sebuah lagu daripada tikus-tikus comel




12 Jun 2011

Sebuah Blogger Yang BerBlogger

SHmmm takde kerja nak update blog jadi aku update pasal yang ini je laaa......

Dalam banyak- banyak senarai  dibawah mengenai blogger....rasa-rasanya mana satu saya punya blogger
  1. Islamic blogger
  2. Joke blogger
  3. Personal blogger
  4. Muslim blogger 
  5. Suka hati punya blogger
  6. Politician blogger
  7. Business blogger
Tapi apa yang saya tahu mengenai blogger saya nie adalah beberapa ciri diatas........

P/s: Kalau nak tahu tunggulah entry akan datang........

31 May 2011

Yeah........Baru Dapat Cuti

Alhamdulillah akhirnya selamat 4 hari sekolah, petang ini barulah terasa nikmatnya bercuti........ Walaupun malas juga nak pergi sekolah selama 4 hari berturut-turut tetapi terpaksa untuk berkorban demi belajar ataupun study for PMR Exams yang bakal tiba...... Time cuti ni lah paling best sekali, dapat menghilangkan stress yang ada di sekolah.........


28 May 2011

Tragedi Demi Tragedi

Dah lama tak menulis di blog.....Alhamdulillah hari ini dapat juga nak update blog pasal tragedi 21 Mei 2011 yang lalu........

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada hari itu telah mengorbankan 16 orang anak-anak yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah al-Taqwa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang yang beriman......Al-Fatihah............

Kepada anak-anak yatim Madrasah al-Taqwa yang masih dalam trauma......Harap dapat  tabahkan hati dan bersyukur kerana masih diberi ppeluang untuk hidup.Sesungguhnya Allah S.W.T tahu apa yang sedang dirancangkan-Nya..........

Apa yang nak dikatan inilah kuasa Allah, Malah Allah boleh buat apa sahaja yang dikehendaki-Nya.Mungkin dunia ini akan musnah..... Mungkin kita berada di akhir zaman  yang semakin hampir kepada kiamat.......... Adakah anda sudah bersedia ke dunia yang kekal abdi selama-lamanya.??????

10 May 2011

Hari Ibu Itu Haram atau Sebaliknya



Sejarah:
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

========================================================


Tapi tidak menyalahi  jika terdapat 2 perkara

  • Menghormati dan menghargai hanya sewaktu hari ibu sahaja
  • Dilakukan kerana mengikut perbuatan orang bukan Islam iaitu mempercayai tuhan mereka yakni Greek
Dalam Islam umat Islam hanya boleh menyambut dua perayaan iaitu:-
  1. Hari Raya Aidilfitri 
  2. Hari Raya Aidiladha
Tidak salah kalau kita hendak menyambut hari Ibu asalkan tidakterdapat niat seperti 2 perkara diatas( highlight kuning). Kalau kita mengingati hari ibu sekadar mengingati kerana jasa ibu yang telah banyak berjasa pada kita maka tidak menjadi kesalahan seperti perkara diatas. Tetapi jangan Mengingati hanya sekadar hari itu sahaja kerana pada setiap harilah hari ibu,bapa, dan guru 

6 May 2011

PROGRAM SMART SOLAT




Program Smart Solat dan Sahsiah 2011 akan diadakan pada 14 dan 15 Mei 2011 bertempat di Surau Jubli Perak Al -Ikhwan, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.  Hanya RM 30 sahaja.


Harap sesiapa yang ada anak yangberumur dalam lingkungan 10-15 tahun. Anda dialu-alukan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
  1.  Sdr. Daud ( 013-2287055)
  2. Sdr. Musa (013-6429225)

1 May 2011

Jalan- Jalan di Pusat Sains Negara (PSN)

Hehehehe hari ini saya pergi ke PSN iaitu Pusat Sains Negara...... Best jugak sebab dapat tengok binatang zaman purba(dinosour) dapat tengok kajian mengenai electricity dan macam-macamlah........


Selamat Datang Ke Dinosour Land


Bersama-sama dengan dinosour


Baik betullah dinosour nie


Bersama dengan nenek


Ibu Saudara dengan nenek










Sesat !!!!























Sepupuku, Hazmi






























Hello, Hello




Menyelesaikan masalah 'hexagon'


Menyelesaikan Masalah



Capital 'T'









"Tolong! Tolong!"



Where Are U From?