29 Jun 2010

CupCake Special

Semalam kami semua buat cupcake. Bukan sebab ada birthday tapi saja je nak cupcake nie. Cupcake nie special sikit sebab dalam tu ada blueberry. Sedappnyee cupcake nie. Rasa macam nak buat lagi je. Itupun kalau ada kesempatanlah untuk buat cupcake yang special nie. InsyaAllah............ Apa-apa pun terima kasih kat Mama kerana buat cupcake yang special ini.



28 Jun 2010

Buah Naga............................


Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!

Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

Spesies Lain
Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning

BUNGA

Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal.

ZAT MAKANAN

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

TEKNIK MEMILIH
Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus dan dimasukkan ke dalam salah buah-buahan, ataupun dijadikan ramuan masakan seperti sup(bagi buah yang muda).

26 Jun 2010

Fifa World Cup 2010




Semua orang cakap pasal Fifa World Cup 2010. Ada yang sokong Brazil, Italy, Argentina, England, Afrika Selatan dan macam2 lagi. Tu lah yang kita terpaksa tempuhi sepanjang bulan Jun dan Julai sampai sekarang ramai orang Demam Fifa World Cup 2010 nie. Harap-haraplah kalau mereka tengok bola tu tak lupa apa yang Allah S.W.T suruh seperti solat. Bola tengok jugak asalkan solat jangan diabaikan......

16 Jun 2010

Petai......


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk

Ciri Fizikal
Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan

Pembiakan
Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.

Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Info ini didapati Wikipedia Bahasa Melayu

5 Jun 2010

Nasi Lemak Oh Nasi Lemak


Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang suka makan Nasi Lemak.Jadi tidak hairanlah kalau saya gelarkannya sebagai "Raja Segala Makanan " kerana ramai rakyat di seluruh Malaysia tidak kira melayu, cina, india dan bangsa-bangsa lain yang menjadikan nasi lemak sebagai sarapan mereka sehingga sekarang tertubuhnya Nasi Lemak Antarabangsa yang ditubuhkan sejak tahun 1973 yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Inilah yang dikatakan rakyat yang saling berkongsi makanan tradisi mereka sendiri.

4 Jun 2010

Daulat Tuanku



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah dan isteri Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sempena menyambut hari keputeraan pada 5 Jun 2010

Where Are U From?