30 Mar 2010

Harimau Siberia

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), juga dikenali sebagai harimau Amur, harimau Manchuria atau harimau Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.

FISIOLOGI

Harimau Siberia biasanya 2-4 inci lebih tinggi daripada harimau Benggala dari kepala, tingginya kira-kira 107-110 sm.[1] Harimau jantan yang matang mencapai purata panjang kepala dan badan antara 190-230 sm (75-90 in). Harimau betina terbesar yang pernah dicatatkan adalah di antara 350 sm (138 in) panjang[2] Panjang ekor harimau jantan dewasa sepenuhnya adalah sekitar 1 m (39 in). Beratnya sehingga 318 kg (700 lb) yang pernah direkodkan tetapi harimau jantan yang luar biasa mempunyai berat lebih daripada 384 kg (847 lb) sebagaimana yang disebut dalam kepustakaan.[2] Laporan yang belum disahkan mengatakan bahawa harimau jantan yang telah ditembak di Pergunungan Sikhote-Alin pada tahun 1950 mempunyai berat sebanyak 384 kg (846.6 lb) manakala panjangnya ialah 3.84 m (11.5 kaki).[3] Harimau betina biasanya lebih kecil daripada harimau jantan dan beratnya sekitar 100-167 kg (220-368 lb),[4] barangkali sehingga 180 kg (400 lb).[5]

"Projek Harimau Siberia" yang dikendalikan oleh Simpanan Alamiah Sikhote-Alin sejak tahun 1992, mengesahkan harimau terbesar yang beratnya 215 kg (474 lb) meskipun bilangan spesimen yang terhad.[6] Berdasarkan penyelidikan moden harimau Siberia liar di Sikhote-Alin, purata harimau jantan dewasa (>35 bulan) mempunyai berat antara 167.3-185.7 kg (purata had asimptot, dikira dengan menggunakan rumus Michaelis-Menten, menetapkan 222.3 kg bagi harimau jantan) dan harimau betina dewasa antara 117.9–122 kg. Berat purata harimau Somalia sejarah mesti lebih tinggi iaitu 215.3-260 kg bagi harimau jantan[7] Perbezaan antara berat sebenar dan anggaran pemburu disebabkan oleh pengaruh kesusasteraan popular bahawa harimau Siberia adalah yang terbesar di antara semua harimau, anggaran pemburu silap dengan menganggap bahawa berat harimau Siberia bersamaan dengan berat lebih 50 individu, padahal beratnya serupa dengan harimau Benggala.[1][8].

Berdasarkan ukuran tengkorak, nampaknya harimau Siberia terbesar berasal dari Manchuria yang berukuran 406 mm panjang, antara 20-30 mm lebih daripada panjang tengkorak maksimum yang dicapai oleh harimau dari kawasan Amur dan utara India.[9]

Harimau Siberia dibezakan dari subspesies harimau lain berdasarkan surai di keliling leher dan sedikit di kepala yang lebih berkembang daripada subspesis lain sebagai penyesuaian diri untuk menghadapi kesejukan. Bulu subspesis ini tumbuh lebih panjang dan lebih tebal daripada harimau lain. Ketika musim sejuk, bulunya berukuran 21 inci dengan 3,000 bulu setiap sentimeter persegi pada permukaannya. Tapak anggotanya mempunyai bulu tambahan sebagai penebatan semasa salji. Harimau Siberia mempunyai lebih banyak warna putih pada bulunya berbanding subspesies lain dan warna bulunya lebih keemasan daripada jingga. Harimau Siberia mempunyai sedikit belang dibandingkan subspesies lain, jalurnya lebih kecoklatan daripada hitam. Belangnya hampir tidak kelihatan pada bahagian luar pada kaki hadapan.[10]

PEMBIAKAN

Harimau Siberia mencapai kematangan seks ketika berumur 4 tahun[11] dan mengawan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Harimau betina menandakan keterbukaannya dengan meninggalkan endapan urin dan akan mencakar tanda pada pokok. Harimau betina akan menghabiskan masa selama seminggu dengan harimau jantan ketika ia terbuka selama tiga hari. Kebuntingan berlanjutan antara 3–3½ bulan. Saiz peranakan biasanya 3 atau 4 anak harimau tetapi mungkin sebanyak 6. Anak harimau yang dilahirkan buta dalam jerumun yang terlindung dan tinggal sendirian apabila ibunya membiarkannya semata-mata untuk mencari makanan.

Anak harimau dibahagikan secara sama rata antara jantina ketika lahir. Namun begitu, lazimnya 2 hingga 4 harimau betina bagi setiap harimau jantan apabila dewasa. Anak harimau betina tinggal bersama ibunya lebih lama dan mewujudkan wilayah masing-masing hampir kepada kawasan asal kemudiannya. Harimau jantan sebaliknya berjalan tanpa ditemani dan merayau-rayau jauh dari kawasan asal, oleh sebab itu harimau jantan mudah terdedah kepada penceroboh dan harimau lain.

GENETIK

Beberapa laporan yang pernah diterbitkan sejak tahub 1990-an tentang pelengkap genetik harimau Siberia dan subspesies lain. Salah satu hasil yang paling penting ialah penemuan kebolehubahan genetik rendah dalam taburan harimau liar di Timur Jauh terutamanya asal keibuan atau keturunan mitokondria (DNAmt).[12] Nampaknya, DNAmt haplotip tunggal hampir menguasai keturunan keibuan harimau Siberia liar. Sebaliknya, harimau Siberia kurungan jelas menunjukkan kepelbagaian DNAmt yang lebih tinggi. Ini menyarankan bahawa subspesies telah mengalami kejejalan akhir-akhir ini yang berpunca daripada tekanan manusia, harimau Siberia kurungan asal telah ditangkap sewaktu kebolehubahan genetik masih tinggi secara liar.[13]

Namun begitu, sewajarnya taburan harimau Siberia sentiasa menunjukkan kepelbagaian genetik yang agak rendah kerana sebilangan harimau Siberia kurungan asal telah mengkoloni Timur Jauh. Kajian tinggalan harimau Kaspia (P.t. virgata) yang sudah pupus telah menunjukkan dua subspesies berkongsi sejarah yang serupa secara perbandingan, sekurang-kurangnya soal asal keturunan DNAmt. Nampaknya, harimau terbabit telah mengkoloni Asia Tengah kira-kira 10,000 tahun lalu dan baka harimau Siberia moden mungkin hasil daripada beberapa harimau Kaspia yang kemudiannya mengembara ke selatan melalui Asia Utara.[14]

Info ini didapati di Wikipedia Bahasa Malaysia

No comments:

Post a Comment

Where Are U From?