30 Mar 2010

Harimau Putih



Harimau putih ialah sejenis harimau yang membawa gen resesif yang menghasilkan pewarnaan pucatnya. Wujudnya juga satu lagi ciri genetik yang menyebabkan belangnya turut berwarna pudar; harimau putih sebegini pula dipanggil harimau "putih salju" atau putih sejati. Ini terjadi apabila seseekor harimau mewarisi dua salinan gen resesif bagi pewarnaan puda yang jarang ini. Harimau putih berhidung merah jambu, bertapak kaki merah jambu, berkulit kelam kelabu, bermata biru ais, dan berbulu putih atau putih kuning berbelang hitam, kelabu atau coklat.

Harimau putih bukannya albino atau subspesies yang berlainan, jadi bolehlah membiak bersama harimau biasa yang berwarna jingga, itupun anaknya adalah heterozigot kerana gen pemutihan yang resesif, maka bulunya berwarna jingga, melainkan induk yang jingga pun heterozigot, maka anaknya ada 50% peluang menjadi putih resesif berganda atau jingga heterozigot. Jika dua harimau heterozigot membiak pula, maka purata 25% anaknya akan berwarna putih, 50% jingga heterozigot (pembawa gen putih) dan 25% yang selebihnya jingga homozigot tanpa gen putih. Pada 1970-an, sepasang harimau jingga heterozigot bernama Sashi dan Ravi melahirkan 13 anak dalam Zoo Alipore, tiga darinya berwarna putih.[1] Jika dua harimau putih membiak, hasilnya 100% anaknya berupa harimau putih homozigot. Harimau yang homozigot bagi gen putihnya boleh juga menjadi heterozigot atau homozigot untuk gen-gen yang lain. Persoalan sama ada seseekor harimau itu heterozigot atau homozigot bergantung kepada konteks gen yang mana sedang dibincangkan. Pembiakbakaan dalam menggalakkan kehomozigotan, maka dijadikan strategi melahirkan harimau putih.

Berbanding dengan harimau jingga tanpa gen putih, harimau putih selalunya lebih besar dari lahir lagi hingga mencapai saiz dewasa sepenuhnya.[2] Mungkin inilah salah satu kelebihan yang dimiliki oleh harimau putih dalam habitat liar meskipun berwarna sedemikian. Harimau jingga heterozigot pula juga lebih besar berbanding harimau jingga yang lain. Kailash Sankhala, pengarah Zoo New Delhi pada 1960-an, berkata "Salah satu fungsi gen putih ini mungkin adalah mengekalkan suatu 'gen saiz' dalam populasi sekiranya diperlukan sekalipun."[3]


Harimau putih individu yang berbelang gelap tercatat dengan sebaiknya bagi subspesies harimau Benggala, juga dikenali sebagai harimau Benggala Diraja atau harimau Infia, (Panthera tigris tigris atau P. t. bengalensis), bahkan juga wujud di kalangan harimau Siberia (Panthera tigris altaica) dalam kurungan, mungkin sekali pernah dicatatkan bagi subspesies lain dalam sejarah. Apapun, bulu putih paling berkait rapat dengan subspesies Benggala. Kini terdapat beberapa ratus harimau putih dalam kurungan di seluruh dunia, lebih kurang seratus daripadanya di India, dan bilangannya semakin bertambah. Populasi harimau putih moden merangkumi subspesies Benggala sejati dan kacukan Benggala-Siberia, tetapi tidak pastilah sama ada gen resesif pemutih ini berasal dari harimau Benggala sahaja, atau juga mana-mana leluhur harimau Siberia.

Corak warna yang aneh ini turut menaikkan nama harimau putih dalam zoo dan pertunjukan hiburan yang dibintangi oleh haiwan eksotik. Pasangan tukang silap mata Siegfried & Roy terkenal kerana membela dan melatih dua ekor harimau putih untuk persembahan mereka.

Info ini didapati di Wikipedia Bahasa Melayu

Harimau Siberia

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), juga dikenali sebagai harimau Amur, harimau Manchuria atau harimau Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.

FISIOLOGI

Harimau Siberia biasanya 2-4 inci lebih tinggi daripada harimau Benggala dari kepala, tingginya kira-kira 107-110 sm.[1] Harimau jantan yang matang mencapai purata panjang kepala dan badan antara 190-230 sm (75-90 in). Harimau betina terbesar yang pernah dicatatkan adalah di antara 350 sm (138 in) panjang[2] Panjang ekor harimau jantan dewasa sepenuhnya adalah sekitar 1 m (39 in). Beratnya sehingga 318 kg (700 lb) yang pernah direkodkan tetapi harimau jantan yang luar biasa mempunyai berat lebih daripada 384 kg (847 lb) sebagaimana yang disebut dalam kepustakaan.[2] Laporan yang belum disahkan mengatakan bahawa harimau jantan yang telah ditembak di Pergunungan Sikhote-Alin pada tahun 1950 mempunyai berat sebanyak 384 kg (846.6 lb) manakala panjangnya ialah 3.84 m (11.5 kaki).[3] Harimau betina biasanya lebih kecil daripada harimau jantan dan beratnya sekitar 100-167 kg (220-368 lb),[4] barangkali sehingga 180 kg (400 lb).[5]

"Projek Harimau Siberia" yang dikendalikan oleh Simpanan Alamiah Sikhote-Alin sejak tahun 1992, mengesahkan harimau terbesar yang beratnya 215 kg (474 lb) meskipun bilangan spesimen yang terhad.[6] Berdasarkan penyelidikan moden harimau Siberia liar di Sikhote-Alin, purata harimau jantan dewasa (>35 bulan) mempunyai berat antara 167.3-185.7 kg (purata had asimptot, dikira dengan menggunakan rumus Michaelis-Menten, menetapkan 222.3 kg bagi harimau jantan) dan harimau betina dewasa antara 117.9–122 kg. Berat purata harimau Somalia sejarah mesti lebih tinggi iaitu 215.3-260 kg bagi harimau jantan[7] Perbezaan antara berat sebenar dan anggaran pemburu disebabkan oleh pengaruh kesusasteraan popular bahawa harimau Siberia adalah yang terbesar di antara semua harimau, anggaran pemburu silap dengan menganggap bahawa berat harimau Siberia bersamaan dengan berat lebih 50 individu, padahal beratnya serupa dengan harimau Benggala.[1][8].

Berdasarkan ukuran tengkorak, nampaknya harimau Siberia terbesar berasal dari Manchuria yang berukuran 406 mm panjang, antara 20-30 mm lebih daripada panjang tengkorak maksimum yang dicapai oleh harimau dari kawasan Amur dan utara India.[9]

Harimau Siberia dibezakan dari subspesies harimau lain berdasarkan surai di keliling leher dan sedikit di kepala yang lebih berkembang daripada subspesis lain sebagai penyesuaian diri untuk menghadapi kesejukan. Bulu subspesis ini tumbuh lebih panjang dan lebih tebal daripada harimau lain. Ketika musim sejuk, bulunya berukuran 21 inci dengan 3,000 bulu setiap sentimeter persegi pada permukaannya. Tapak anggotanya mempunyai bulu tambahan sebagai penebatan semasa salji. Harimau Siberia mempunyai lebih banyak warna putih pada bulunya berbanding subspesies lain dan warna bulunya lebih keemasan daripada jingga. Harimau Siberia mempunyai sedikit belang dibandingkan subspesies lain, jalurnya lebih kecoklatan daripada hitam. Belangnya hampir tidak kelihatan pada bahagian luar pada kaki hadapan.[10]

PEMBIAKAN

Harimau Siberia mencapai kematangan seks ketika berumur 4 tahun[11] dan mengawan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Harimau betina menandakan keterbukaannya dengan meninggalkan endapan urin dan akan mencakar tanda pada pokok. Harimau betina akan menghabiskan masa selama seminggu dengan harimau jantan ketika ia terbuka selama tiga hari. Kebuntingan berlanjutan antara 3–3½ bulan. Saiz peranakan biasanya 3 atau 4 anak harimau tetapi mungkin sebanyak 6. Anak harimau yang dilahirkan buta dalam jerumun yang terlindung dan tinggal sendirian apabila ibunya membiarkannya semata-mata untuk mencari makanan.

Anak harimau dibahagikan secara sama rata antara jantina ketika lahir. Namun begitu, lazimnya 2 hingga 4 harimau betina bagi setiap harimau jantan apabila dewasa. Anak harimau betina tinggal bersama ibunya lebih lama dan mewujudkan wilayah masing-masing hampir kepada kawasan asal kemudiannya. Harimau jantan sebaliknya berjalan tanpa ditemani dan merayau-rayau jauh dari kawasan asal, oleh sebab itu harimau jantan mudah terdedah kepada penceroboh dan harimau lain.

GENETIK

Beberapa laporan yang pernah diterbitkan sejak tahub 1990-an tentang pelengkap genetik harimau Siberia dan subspesies lain. Salah satu hasil yang paling penting ialah penemuan kebolehubahan genetik rendah dalam taburan harimau liar di Timur Jauh terutamanya asal keibuan atau keturunan mitokondria (DNAmt).[12] Nampaknya, DNAmt haplotip tunggal hampir menguasai keturunan keibuan harimau Siberia liar. Sebaliknya, harimau Siberia kurungan jelas menunjukkan kepelbagaian DNAmt yang lebih tinggi. Ini menyarankan bahawa subspesies telah mengalami kejejalan akhir-akhir ini yang berpunca daripada tekanan manusia, harimau Siberia kurungan asal telah ditangkap sewaktu kebolehubahan genetik masih tinggi secara liar.[13]

Namun begitu, sewajarnya taburan harimau Siberia sentiasa menunjukkan kepelbagaian genetik yang agak rendah kerana sebilangan harimau Siberia kurungan asal telah mengkoloni Timur Jauh. Kajian tinggalan harimau Kaspia (P.t. virgata) yang sudah pupus telah menunjukkan dua subspesies berkongsi sejarah yang serupa secara perbandingan, sekurang-kurangnya soal asal keturunan DNAmt. Nampaknya, harimau terbabit telah mengkoloni Asia Tengah kira-kira 10,000 tahun lalu dan baka harimau Siberia moden mungkin hasil daripada beberapa harimau Kaspia yang kemudiannya mengembara ke selatan melalui Asia Utara.[14]

Info ini didapati di Wikipedia Bahasa Malaysia

Harimau Bintang


Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.

CIRI-CIRI
Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Namun terdapat banyak perbezaan dalam subspesies harimau bintang yang berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam, juga dipanggil harimau kumbang hitam.

HABITAT
Asalnya harimau bintang hidup di seluruh Afrika (tapi bukan di Sahara) dan Asia Selatan. Namun hari ini banyak subspesies harimau bintang, terutamanya di Asia, diancam kepupusan, pupus atau hampir mati.
KEHIDUPAN

Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu.

Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 - 18 bulan.

Info ini asli daripada Wikipedia Bahasa Malaysia

29 Mar 2010

Bazar Baca.........Pesta Buku



Bertempat di:Dewan Tun Sri Lanang, SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Masa: 3&4 April 2010 (9 Pagi-5 Petang)

Jangan Lupa Datang...................................

25 Mar 2010

My Receipe

Saja-saja nak kongsi resepi air teh yang buat tadi

Bahan-bahan
1 uncang teh (Boh atau Lipton)
6 sudu gula
1/2 jar air panas
1/2 jar air tapis(Rx Water atau Bio Aura)

Cara Membuat
1. Masukkan 1 uncang teh Lipton dan 1/2 jar air panas
2. Masukkan 6 sudu gula dan kacau sehingga larut
3. Tambah 1/2 jar air tapis dan sedia untuk diminum.........

(Sajian ini disediakan untuk 1 jag besar)

21 Mar 2010

Sedap......emm

Sedapnya ..........................emmm. Hari ini saya makan nasi sampai dua kali tambah. Nak tahu apa menu hari ini? Ha.. ha.. ha............. inilah rahsianya .................. Terima kasih cik yang ku sayang. dan tak lupa terima kasih pak ngah kerana hari ini baru arif dapat merasa hidangan seenak ini.

Kerabu mempelam

mana satu paling sedap........... jawapannya mestilah yang dalam mangkuk. Resepinya tunggu ...............

19 Mar 2010

Masakan Ibuku

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Engkau telah memberi rezeki yang cukup enak. Walaupun makanan itu serba kekurangan, tetapi aku masih lagi bersyukur kerana makanan itu sudah cukup bagiku dan seisi keluargaku kenyang. Alhamdulillah.....................

Lauk yang dimakan hari ini

Ikan Sembilang (Pak Cik Mat Perak Bintulu) Masak Asam Pedas
bersama terung iban Bintulu

Sayur Bayam (Pasar Bandar Baru Bangi)

Telur Masin (Nenek)

Ikan Tenggiri (Bintulu) Masak Asam

16 Mar 2010

Burung Murai.........Batu


Burung Murai Batu
(bahasa Inggerisnya White-rumped Shama ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Taburan
Burung Murai Batu boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu adalah burung tempatan di Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke Kaua'i, Hawai'i, pada awal 1931 dari Malaysia, dan ke O'ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau dipermatang selatan Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.

Ciri Fizikal
Burung Murai Batu adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Burung Murai Batu adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Batu mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Murai Batu terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Tabiat

Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikonsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan diluar musim mengawan.

Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan kaya. Ia amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka.


Mengawan

Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.

Penjagaan telur dilakukan oleh bersama oleh pasangan tersebut. Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun, dan batang pokok Paku, dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari. Telur bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.


Pembiakan

Sebagai burung, Burung Murai Batu membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Info ini didapati di Wikipedia Bahasa Malaysia

Anak: Bapak tu burung ape?

Bapak: Burung Murai

Anak: Burung ape?

Bapak: Burung Murai

Anak: Burung ape?

Bapak: Burung Murai

15 Mar 2010

BETIK B.U.A.H Kesukaan K.U


Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.

Pokok betik ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina

Info ini didapati di Wikipedia Bahasa Malaysia

Rokok Oh Rokok


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta) Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


* Berhentilah Merokok Sebelum Anda Menyesal*

Info ini didapati di Wikipedia dan Bahayarokok.blogspot.com

14 Mar 2010

Kari Ayam A1 BestOne

Isk, Isk, Isk sedapnya kari nie sepatutnya kita beritahu benda nie dari hari tu lagi. Tapi dah tak ade masa nak buat macam mana.... Inilah masakan Kari A1 BestOne yang saya beli hari itu....... Ingat tak lagi, kalau dah lupa sila ke http://my-muslim96.blogspot.com/2010/02/kempen-1-malaysia-1-halal-di-masjid.html

12 Mar 2010

Lagu-lagu Tempatan

Teringat dulu, semasa saya waktu 11 tahun, cikgu menyuruh saya membuat folio tentang lagu tempatan. Dengan bantuan ibuku, akhirnya berjaya juga saya membuat folio itu................




Lagu Jong Jong Inai

Lagu Rasa Sayang

Lagu Tepuk Amai-amai

Lagu Putri Santubong

Where Are U From?