27 Feb 2010

Kempen 1 Malaysia 1 Halal di Masjid Negara

Semalam 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabbiul Awwal 1431 Hijrah. Semalam juga ialah Sambutan Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan kami semua berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negara sehubungan dengan pameran1Malaysia 1 Halal. Pameran itu bermula pada 26 Februari 2010 sehingga 28 Februari 2010. Terasa begitu indah apabila mengenangkannya semula..................

Gambar Ku di Pameran tersebut

Bersama dengan ibu kesayangan
di luar Masjid Negara

Landskap dekat Masjid Negara

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Sedang membeli rempah-ratus A1 Best One

Bestnye dapat beli rempah-ratus nie

Macam mengalahkan orang ber shopping

20 Feb 2010

Petua de R.I.F

P/s: Petua ini hanyalah rekaan semata-mata.Kalau nak ikut pun tak pe.........

1. Kulit Lebih Licin
- Kita selalu terfikir bagaimana untuk melicinkan kulit. Ada sesetengah kita yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk membeli produk kecantikan ataupun meletakkan timun di atas mata.Tapi, kalau nak senang dan cepat dengan menggunakan air liur basi lalu disapukan diseluruh muka. Akhirnya, kulit kita pun licin

2. Mengelakkan rambut daripada pencemaran
- Zaman kini, orang suka sangat berfesyen terutama orang perempuan. Kalau nak sangat berfesyen biarlah kene pada tempatnye. Lagi pun, kalau kita dedahkan aurat kita seperti tak pakai tudung mesti terdedah kepada pencemaran. Bila terdedah terpaksa pulak beli shampoo. Memandangkan, shampoo kini mahal harganya, Satu conclusion yang paling senang pakailah tudung. Kan dah habis cerita.......

Template Baru (2)

Hah, ingat tak dulu apa yang saya cakap pasal template baru tu dulu.......Kan saya dah janji nak tukar template lama kepada template baru. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak pakai template yang baru ni...................

18 Feb 2010

Koleksi Buku Mr Midnight@Detik Tengah Malam

Dah 3 minggu tak update blog... Bukan malas nak update blog nie tapi masa tak mengizinkan saya untuk update blog....... Sorrylah ye.Tak apalah, dalam hidup kita nie memang selalu sibuk selalu. betul tak?...Hari ini saya nak bercerita serba-serbi tentang Koleksi Buku Mr Midnight@Detik Tengah Malam. Sebenarnya saya juga adalah salah seorang peminat buku ini sejak tahun 2007 kot.Tak beberapa ingat sangat. Apa yang pasti, bila tengok kawan baca buku itu tertarik nak membelinya. Malangnya, bila nak pinjam kedekut. Cara nak habiskan cerita, akhirnya kita pun beli lah.... .... Tapi saya tak beli dalam Bahasa Inggeris sebab saya minat dalam Bahasa Melayu sejajar dengan prinsip 1 Malaysia lah.Lagipun saya membacanya tidak mengikut nombor buku tersebut..................Kalau nak tengok sangat gambarnya, lihatlah dibawah ini. Tapi kalau nak beli, kena lah pergi kat Popular ataupun MPH..........

Serba sedikit buku yang dikumpulkan

1 Feb 2010

Majlis Kahwin Sepupuku - Tasnim Tahir

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Kak Tasnim yang melangsungkan perkahwinannya di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 22 Januari 2010. Majlis akad nikah itu diadakan pada malam Sabtu 23 Januari 2010. Apa lagi kitaorang pun join sekali untuk ambil gambar dengan pengantin baru



Sepupuku bersama nenek dan ayah

Bersama sepupuku di Kepala Batas Penang

Yang ini pula lain cerita Kita menjelajah ke Seremban. Apa yang bestnye kami dapat makan kat tempat rombongan pengantin. Yang ini lah paling seronok sangat, biasalah orang cakap first time memanglah macam tu bukannya second time..........

Haus... di Senawang, Negeri Sembilan

Bunga telur.... Ferrero Rocher

Selamat Pengantin Baru

Where Are U From?