30 Jan 2010

Cucur Durian

Pagi ini 30 Januari 2010. Mak saya mencuba sebuah resepi terbaru iaitu cucur durian. Maklumlah semalam kitaorang dapat juga pergi Pasar Malam. Durian yang lebih semalam, bolehlah guna untuk buat cucur durian. Tadi rasa macam sedap je


16 Jan 2010

Sekolahku di sini....

Hari ini 16 Januari 2010. Pada kali ini saya nak cerita sikit tentang sekolah di SMKJ3. Setiap hari Jumaat, semua pelajar lelaki muslim diwajibkan memakai baju melayu.Maklumlah, kalau duduk kat Bintulu, Sarawak tak perlu pakai baju melayu...... Eeerrrrmmm, Kalau sampin pakai kena lipat dua.Lepas tu sekolah kat sini kita kena pakai tali leher. Aduhai panasnye...... Okeylah tu, kiranya sekolah tu boleh tahan jugak. Lagi satu, saya jugak nak cerita sikit tentang aktiviti kokurikulum..... Untuk badan beruniform saya mengambil Pengakap manakala Kelab & Persatuan saya telah memilih Persatuan Cegah Jenayah/Keselamatan Jalan Raya. Dengar nama macam seronok saya pilih je dan Sukan & Permainan saya telah mengambil sukan Ping Pong. Ya lah sebab kita taktahu nak pilih sukan apa? Itupun tak tahu lagi macam mana nak main Ping Pong..................

Baju Melayu dengan bersampin


Okeylah, kita masuk rumah dulu

15 Jan 2010

Khasiat Buah Tomato.......


Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.

9 Jan 2010

Ikutlah Keselesaan Diri Sendiri


Hari ini saya nak bercerita tentang correction tape hanya untuk budak sekolah menengah. Bagi budak sekolah menengah yang nak beli correction tape, ikutlah keselesaan diri kita sendiri. Jangankan kita lihat dari kecantikan correction tape sahaja tapi lihatlah dari keselesaan diri sendiri. Kalau kita lihat dari kecantikannya sahaja tapi tak selesa memakainya bermaksud kita hanya membazir sahaja. Ramai orang kata membazir itukan amalan syaitan, jadi disini sekali lagi saya ingin berpesan Ikutlah Keselesaan Diri Sendiri

8 Jan 2010

Rumah Oh Rumah

Dah hampir seminggu bersekolah. Akhirnya dapat jugak menyesuaikan diri di sekolah yang baru itu. Rumah pun dah siap cuma no pintu pagar lagi. Insya Allah esok orang datang pasang pintu pagar. Kalau dah siap, barulah nampak cantik sikit hehehehehehehe......

Nampaknya, rumah pun nak hampir siap

Malam 31/12/2009 , orang sibuk angkat barang


Alamak,,, Kacau betul lah kontainer nie................

2 Jan 2010

Permulaan Baru

Hari ini 2 Januari 2010 iaitu hari kedua kita menyambut Tahun Baru Masihi. Umur semakin meningkat, kini aku dah melangkah ke Tingkatan 2. Pada 4 Januari 2010, hari pertama kita bersekolah di SMKJ3. Entahlah dapat kelas mana? Harap-haraplah dapat kelas yang bagus sikit. Tahun ini alamat blog pun dah berubah ke my-muslim96.blogspot.com. Biasalah orang kata tahun baru semuanya barulah. Okeylah setakat sini dahulu. Kalau ada kesempatan nanti saya update blog lagi.....................

Where Are U From?