22 Dec 2009

Sambungan

Dah lama tak update blog. Nak buat macam mana kita pindah rumah baru bukannya baru sangat pun dah empat tahun ditinggalkan. Masa balik hari itu ingatke rumah dah siap tapi masih lagi dalam renovation rupanya. Mungkin pada 28 Disember 2009 rumah itu dijagkakan akan siap sepenuhnya. InsyaAllah. Hari ini kita bercerita sampai disini dulu. Lagi satu nak beritahu mulai 31 Disember 2009 blog ini mungkin dalam construction

9 Dec 2009

Balik Kampung Halaman

Tinggal lagi 2 hari kami dekat Bintulu ini. Hari Jumaat nie dah nak balik kampung. Selepas ini tak tahu nak datang Bintulu bila lagi. Apa yang paling sedih nak tinggalkan kawan-kawan di Bintulu yang banyak membantu kami sewaktu membuat kenduri di rumah kami. Kalau Ustaz Ibrahim naik kapal terbang Air Asia kami pula naik Malaysia Airlines Boeing 737. Best jugak naik Kapal Terbang MAS.


MALAYSIA AIRLINES BOEING 737

2 Dec 2009

Kenangan SK Asyakirin 2008

Teringat juga Sekolah Kebangsaan Asyakirin iaitu sekolah rendah saya dulu pada tahun 2008. Rasa rindu jugak nak pergi melawat sekolah itu tapi masih tak sempat sebab terlalu banyak aktiviti yang terpaksa dilakukan.Kalau nak pergi tahun depan tak boleh sebab dah dapat pindah dekat Selangor. Kerana terlalu rindu sangat akhirnya bila terfikir jugak untuk letakkannya dalam blog......

Dua orang sahabat hanya dalam kenangan

Seronoknya dapat bergambar
dengan guru besar sekolah


Bersama dengan Cikgu Rajmah

Pelajar-pelajar sekolah yang mendapat 5A dan
4A1B

Kenagan kelas semasa disekolah rendah dulu

Bersama dengan seorang guru yang banyak
berbakti kepada sekolah


Dah nak balik, baru ambil gambar dengan
Cikgu Wee Ah Him

27 Nov 2009

SALAM AIDILADHA



Hari ini ialah Hari Raya Aidiladha. Sedih juga tak dapat nak balik kampung tapi apakah daya ada hal sikit kat Bintulu. Walaubagaimanapun saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di pelusuk dunia...... Bagi yang ada kat Bintulu anda bolehlah datang ke Majlis Ibadah Qurban di Masjid Assyakirin jam 7.oo Pagi

24 Nov 2009

Resepi Hari Ini

Alamak, lupalah nak try resepi ni. Tak apalah kalau kita bagi orang try dulu dapat banyak pahala betul tak? Rasanya macam enak tapi cubalah dulu ye. Berikut adalah resepinya
BUN DAGING
Bahan-bahan ( Untuk hidangan 20-30 biji )

* 300g tepung high protein@tepung roti
* 200g tepung low protein@tepung gandum biasa
* 100g gula kastor
* 1/2 sudu teh garam
* 1/2 sudu bread improver
* 1 biji telur (kuning telur)
* 60g margerine
* 250ml susu segar
* 11g yeast (yeast serbuk)
* 1/2 sudu bread softener (kalau nak roti jadi lagi lembut)

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar dengan low speed selama 5 minit.
2. Kemudian putarkan doh dengan high speed selama 10 minit.
3. Keluarkan doh dan uli sebentar (uli dengan lembut).Tambahkan sedikit demi sedikit tepung jika doh terlalu lembut.
4. Potong doh menjadi 20-30 biji, kemudian bentukkan bulat-bulat doh tersebut.
5. Ambil sebiji demi sebiji doh tadi dan ulikan menjadi sederhana leper. Dengan menggunakan jari,leperkan bahagian tepi doh tadi.
Lastly masukkan inti kacang merah.
6. Biarkan doh tadi kembang selama 40 minit.
7. Sapukan dengan telur, bakar dengan suhu 170F selama 20 minit.
8. P/s* Untuk inti bun, kalau tak nak inti kacang merah, boleh masukkan inti daging ker, sekaya ker...ikut citarasa anda dan keluarga...



Kalau nak try Asam Pedas. Senang je just click sahaja web ni
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9002.0
Kalau dah masuk kena daftar tau sebab ini adalah forum bukannya blog..........

23 Nov 2009

CARA HADAPI HANTU JIKA TERSEREMPAK

*Malas nak tulis saya copy je dari Halaqah*

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untukberdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok halaqah..macam sekarang nih..sah-sah tengahponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja … .. hehehehehe

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!! !”


21 Nov 2009

Sedapnya......Belacan...

Dalam keadaan yang sibuk mengemas barang untuk pindah ke Selangor pada bulan Disember, sempat juga ibuku buat belacan. Mungkin kali ini adalah yang terakhir membuat belacan.......


Inilah belacan ibuku...

20 Nov 2009

Sasterawan Mutiara 2


Isteri Ku Huda


Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku .Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal.Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doctor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua ..Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini.

Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ... .Pasti! Huda... .bangun.,... jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ... .Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu diapenat melayan karenah 'anak-anak'nya... .Ahh.aku sayang padamu Huda .

Akhirnya , aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah
.. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.." Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam,..merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik ... . Semakin menjadilah rajuknya "kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya... Aku tersenyum Cuma. "Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adiksayang yang tak sedar.."

Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengarusikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan
wajah yang melucukan..



~*~*~*~*~*~*~*~*~



Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : " Abang... ..nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini . sanggupkah aku memikul bebanan ini ... .? "Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.. "Cemburu... ..emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu.

Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang , kalau abang kawin satu lagi, kan Huda bolehtumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkantak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukandari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus. "Nikah lagi.. kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Kutamatkan dialog ini seolah-olahmarah kepadanya..Kudakap erat Huda,... ada titisan panas yg membasahi dadaku..



~*~*~*~*~*~*~*~*~



Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ..umurku sudah merangkak 33 tahun ... Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu .

Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ... .Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atasmeja Ada sampul surat yang berlogo hospitl terkenal di ibu kota . Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Hudadengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Kupendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. " Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci ALLAH,..Tuhan sekelianalam..!!" Huda hamill..!!

Masya Allah,..setelah sekian lama penantian ini.! Seketika akutersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kuranngkul Huda seerat-eratnya .Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba..

Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Akutak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya.

Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ..ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang. Abang sayangg.abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abangkata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan padaHuda dan anak yang bakal lahir ini ,..bagaimana nak dapat anak sepertiFatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak ... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan disyurga. Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu >cerewet..!



~*~*~*~*~*~*~*~*~



Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa adannya,..panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir ..Ya Allah.selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali Encik Saifuddin..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit puan rujukanisteriku,.. Ya,..saya doctor,.." sahutku cepat..

Ku hampiri Dr Khadijah.. Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman..Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" tanyaku dng nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,..Yang lain kita pulangkanlah pada Allah.

Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.. Ya allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketikasampai di pintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. Encik Saifudin..?" "Ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.. Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr, Khadijah terdiam .tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,..

"Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,.Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,.Perlahanaku mengikuti doctor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kainputih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn..DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa kesedari ku dakap Huda seerat-eratnya..tangiskuperlahan, tapi tak tertahan..! "Sabar encik Saifudin,..sabar.."

Terdengar suara doctor Khadijah cuba menenangkan aku,.. "Nurse,..tolong bawa anak encik saifudin.." katanya lagi,.. Seorang bayi mungil yg masih merahdihulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! matanya,..hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,.. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,..rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu,hampir selama lapan tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,.

Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kamitidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,..Selamat jalan Huda,.. Ya Allah berilah aku petunjuk mu... kuatkanlah iman ku ya Allah... .tabahkanlah hati ku YaAllah berilah aku ketenangan dalam menempuh hidup ini Ya Allah... ... .Amin Ya Rabbal Alamin... .

17 Nov 2009

Kenangan SMK Bintulu 2009

Sedih jugak nak tinggalkan kawan-kawan di Sarawak, tapi apakah daya ayah dah dapat transfer kat Selangor. Sekarang nie rumah asal kat Selangor masih lagi dalam renovation. Banyak kenangan yang manis dan pahit.

Kalau anda dah besedia jom kita mulakan.........

1) Dunia Sahabat

Gambarku besama dengan kawanku
sewaktu di Surau Sekolah


Inilah gambarku

Rakanku Nazrizal...

2) Dunia Guru SMKB

Banyaknya guru SMK Bintulu

Apa yang sedang dibincangkan itu?

Manisnya......Ustazah Najiyah

Malam semalam aku ikut ibuku pergi ke sekolah kerana ada majlis jamuan untuk guru-guru berpindah. Kiranya ramai jugak orang disana....

Puan Hajijah memberikan sedikit ucapan untuk
guru yang akan bakal berpindah


"Jasamu dikenang jua"

Cenderamata khas untuk guru yang
akan bakal berpindah

Aik, Cikgu Wan Zaini pun dapat jugak ke?


Saat-saat perpisahan...

3) Dunia Kanak-kanak


Comelnya Nabil
(Anak cikgu Hafez SMK Bintulu)

Debaran yang dinanti-nantikan......

Gambar siapa ni?

Ierfan dengan ibunya.....

Comellah...Semoga menjadi anak yang soleh
Ammar Nabhan
Ammar pun ada adik jugak
Namanya Asma'

15 Nov 2009

Makan Apa Aje di Pizza Hut

14 November 2009 adalah hari jadiku yang ke-13. Dalam kenangan yang bersejarah, ayahku mambawaku pergi ke Pizza Hut Bintulu,Sarawak. Agenda itu bermula selepas isyak. Dari Masjid Assyakirin terus ke Pizza Hut. Lama menunggu sebab ramai customer masa tu. Sabar punya sabar tak sampai jugak. Nak lari pun tak boleh. Pada pukul 8.45 malam barulah sampai Pizza sampai. Dengan wajah yang marah akhirnya lega jugak dibuatnya.....

Sedang menunggu Pizza khas untuk
Hari Jadi


Inilah ayah kesayanganku sewaktu
memakai cermin mata

Akhirnya datang jugak Pizza khas itu

Bersama ibu tersayang

Sedang memotong aiskrim yang ada
diatas Pizza bersama abangku



14 Nov 2009

Hari Teristimewa



Aku dilahirkan pada 14 November 1996.Pada tahun ini usiaku sudah meningkat 13 tahun. Ermm... berkata tentang hari jadi baru ku teringat Hari Raya Haji yang disambut pada 27 November 2009.Mungkin juga ada saudara mara kita yang kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Mungkin bukan rezeki kita untuk pergi haji pada tahun ini, mungkin satu hari nanti rezeki kita manalah nak tahu kan? Apa-apapun mari kita sama-sama berdoa supaya saudara mara kita mendapat haji yang mabrur..Ammin



13 Nov 2009

Sasterawan Mutiara 1

Sebuah cerpen yang menjadi Iktibar untuk kita semua




“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along
yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya
lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak
dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua
sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua
kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan,
namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba
memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along
sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti
hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan
melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu
boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah
dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk
banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan
dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa
yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di
sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung
bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa
kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan
Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat
sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok
baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus
la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul
ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk
kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit
sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya
sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”
Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia
tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along
menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,
aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke
arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar
sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan
lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah
dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada
menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar
ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka
selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang
menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua
tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along
mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia
mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada
menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di
sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia
akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru
dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal
dengan
upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu
terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat
hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya
Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan
perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi
apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu
je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi
anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas
didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga
saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan
boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang
Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si
Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along
dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat
kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si
sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni
Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No
problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin
tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang
Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat
mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari
ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak
marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along
tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira
yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan
terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu
dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang
tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan
kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar
dari
hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan
itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali
apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan
semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along semakin
kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan
dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat
ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah
maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah
hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang
bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang
dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang
melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya
selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu
Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu
terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia
merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah
tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan
ke hospital sakit jiwa
semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota
badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh
hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang
selama ini dianggap derhaka.





PENGAJARAN........

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA

Satu lagi cerita untuk tauladan kita bersama.....
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........



Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah


Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Dan hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan



Saya hanya copy dari Halaqah.Net.... Cerpen ini memang bagus dan dijadikan iktibar untuk kita semua.......

8 Nov 2009

Template Baru

Dah siap pun. Cantik juga template baru nie. Ermmm tak cantik pun tak pe nanti cuba yang lagi cantik. Tentu anda semua terkejut suatu hari nanti bukan template sepeti ini dah..... Lebih cantik daripada yang anda sangkakan....... InsyaAllah.....

5 Nov 2009

Forum Islamik Terbaru......... Usrah Islam.Net

Sebuah forum terbaru yang dibina oleh encik elzuddin warga halaqah. Untuk pengetahuan anda forum ini akan dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2012 . Forum ini adalah adik-beradik Halaqah. Saya harap bagi sesiapa yang melawat blog saya, jangan lupa daftarlah diri anda di forum berkenaan........
Ini ialah lamannya
Usrah Islam

30 Oct 2009

Buku Untuk Anak Anda.....

Aduhai susah betul nak cari buku-buku cerita mengenai sejarah Islam untuk anak-anak. Kalau nak beli pun tentu tidak ada yang pendek yang ada cuma yangpanjang . Mujur ada buku yang pendek ceritanya tapi best. Selain itu mempunyai 31 kisah yang menarik dan akan insyaAllah akan menjadi kegemaran anak anda. Apa agaknya buku itu? Jom lihat gambar...

Contoh buku ini iaitu
PERISIK KOTA SABA'


Pelbagai judul yang ada didalam buku itu. Harganya berpatutan. Kepada ibu bapa anda boleh mendapatkan buku ini dipasaran....

28 Oct 2009

Duhai..... Blogku.......

Syukur ke hadrat Ilahi, Pertama kali saya menulis blog yang baru ini. Alhamdulliah walaupun blog yang serba kekurangan ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada semua pelawat blogku......


BERSAMA DENGAN KAWAN
SEJATI

Where Are U From?